| Livelihood Restoration Plan (LRP) | Pelan Pemulihan Mata Pencarian (LRP) | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Sosial | Rancangan untuk memulihkan mata pencarian individu yang terjejas teruk disebabkan oleh sesebuah projek. |
| loss of earning | kehilangan mata pencarian | Undang-undang | Tiada | Tiada |
| locksmith | tukang kunci | Kejuruteraan | Tiada | Seseorang yang membuat atau membaiki sistem kunci sebagai mata pencarian. |
| compensation framework | rangka kerja pampasan | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Sosial | Perancangan untuk menentukan ganti rugi bagi kehilangan aset fizikal, pendapatan atau mata pencarian disebabkan oleh anjakan fizikal dan/atau ekonomi. |
| repression | penekanan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan menindas atau tidak memberi peluang oleh golongan yang berkuasa terhadap golongan yang lebih subordinat kedudukannya seperti buruh, petani, penyewa atau orang kebanyakan. Tindakan ini menyebabkan golongan bawahan terpaksa akur kepada golongan atasan yang mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan hasil hubungan yang tidak seimbang ini. Golongan yang ditindas juga tidak diberi hak yang sewajarya tetapi terpaksa berada dalam hubungan ini kerana sesuatu keperluan seperti mata pencarian. Contohnya, pemodal melakukan penindasan terhadap golongan buruh dengan memberi gaji yang murah, masa kerja yang panjang dan tempat kerja yang buruk. |
| electrodrill | elektrogerudi | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Mesin pengorek lubang batu yang mempunyai berbilang mata alat penebuk khas yang diputar oleh sistem gear dan dipacu oleh motor berkuasa elektrik. Mesin ini dikendalikan dengan bantuan kren yang mempunyai kapasiti antara 15 tan hingga 40 tan. Mesin ini digunakan dengan meluas dalam kerja menebuk telaga sehingga berdiameter 2 meter dalam industri pencarian bahan petroleum sama ada di dasar laut atau di daratan. Mesin ini boleh mengorek 4 hingga 5 kali lebih cepat daripada turbogerudi. |