Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simbol kimia bagi mendelevium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata md


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
one-way hash functionfungsi cincang sehalaTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerFungsi matematik, H, yang menggunakan operasi cincangan sehala untuk memetakan suatu mesej bersaiz rambang. M, kepada suatu mesej ringkasan. MD, yang bersaiz tetap. Fungsi cincangan sehala mempunyai ciri unik yang mudah untuk memperoleh MD daripada H(M) atau pengaplikasian fungsi cincangan sehala pada mesej, tetap mustahil untuk memperoleh M daripada H(MD), atau penyongsangan fungsi cincangan sehala pada ringkasan mesej. Hal ini disebabkan beberapa bit data daripada mesej M telah dibuang untuk memperoleh MD yang bersaiz tetap dan tidak boleh diperoleh semula walaupun fungsi cincangan disongsangkan. Fungsi ini sangat peka terhadap perubahan bit data dalam mesej. Sekiranya terdapat bit yang berubah, maka nilai MD untuk M akan turut berubah. Oleh sebab saiz MD adalah tetap dan biasanya jauh lebih kecil daripada mesej M, MD sesuai digunakan sebagai tandatangan untuk mengesahkan keaslian M. Sekiranya nilai MD boleh diperoleh semula daripada mesej M yang diterima, maka tiada perubahan berlaku pada mesej M. Lihat ju
mendeleviummendeleviumKimiaTiadaUnsur logam radioaktif dalam siri aktinid dan ahli kumpulan IIIB (atau 3) jadual berkala, simbol Md, nombor atom 101, berat atom 256 dan nombor pengoksidaan +2 dan +3. Mendelevium diperoleh daripada pembedilan einsteinium dengan zarah alfa. Isotop radioaktifnya yang paling stabil, iaitu Md-256, mempunyai setengah hayat 60 hari.
mendeleviummendeleviumKejuruteraanTiadaUnsur radioaktif transuranik bersimbol Md dan bernombor atom 101.
reality effectkesan realitiKesusasteraanTiadaButiran dunia realiti yang tidak berfungsi untuk mengembangkan plot sesuatu cerita tetapi merupakan dariapda realiti yang dipaparkan. Butiran ini dianggap penanda untuk mengesahkan kesahihan realiti tersebut. Kesan realiti berkaitan dengan aliran realisme yang muncul sebagai respons kepada aliran romantisisme yang mengatakan bahawa penulis sastera harus menggambarkan kehidupan yang ideal. Penulis kesan realiti gemar memilih objek biasa, tetapi melalui teknik penceritaan, objek itu digambarkan secara terperinci untuk melahirkan kesan realiti yang menarik perhatian pembaca. Contohnya, novel Mereka yang Tertewas oleh Hasanuddin Md. Isa (1993). Novel ini menggambarkan secara terperinci keadaan Kampung Bukit Setugal untuk melahirkan kesan realiti seperti yang berikut: �...sebatang sungai mengalir, di puncak Bukit Setugal ia berpunca. Sungai itu membelah tanah-tanah sawah yang terbentang sesayup mata memandang. Aur-aur yang menumpang berdiri di tepi-tepi tebing sungai itu meliuk-liuk dedaunnya bergeseran setelah
prediction/ forecastramalanKesusasteraanTiadaJalan cerita atau perwatakan yang dapat dijangkakan oleh pembaca. Contohnya, sesuatu cerita boleh diramalkan sekiranya jalan ceritanya biasa atau lumrah bagi pembaca. Contohnya, dalam kebanyakan cereka Melayu, lelaki berumur yang berjawatan tinggi sering digambarkan sebagai seorang yang suka berpoligami. Kadang-kadang, bayangan depan sangat ketara sehingga pembaca dapat meneka perkara yang akan berlaku seterusnya. Unsur suspens yang ingin diwujudkan oleh pencerita tidak kesampaian. Dari segi perwatakan watak stereotaip seperti emak tiri (ibu garang yang selalu mendera anak tiri) dan nenek kebayan adalah beberapa potret yang dapat diramalkan oleh pembaca sehingga tiada lagi kejutan yang dapat dilakukan penulis. Contohnya, dalam novel berjudul Mereka yang Tertewas oleh Hasanudin Md. Isa. Novel ini mengisahkan watak Lebai Pa yang distereotaipkan sebagai seorang alim dan kuat agama yang ingin menyedarkan masyarakat sekelilingnya untuk kembali ke jalan Allah SWT.

Kembali ke atas