| social commerce | dagang media sosial | Pentadbiran | Tiada | Cabang e-dagang yang membolehkan urusan jual beli produk atau perkhidmatan secara langsung dalam platform media sosial. |
| social media influencer | pempengaruh media sosial | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Individu yang mempunyai kuasa untuk mempengaruhi orang lain dalam media sosial menerusi kuasa, ilmu pengetahuan, kedudukan atau hubungannya dengan pengguna. |
| shadowban | sekatan senyap | Teknologi Maklumat | Tiada | Tindakan syarikat media sosial yang mengehadkan keterlihatan kandungan hantaran di akaun media sosial pengguna, tanpa diketahui oleh pengguna tersebut secara langsung. |
| coordinated inauthentic behavior (CIB) | kelakuan manipulatif selaras | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Taktik memanipulasikan pemikiran awam dengan menggunakan pelbagai akaun media sosial sama ada yang tulen, pendua dan palsu untuk menyebarkan maklumat yang salah merentasi platform media sosial. |
| social bookmarking | penandaan media sosial | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Tiada |
| reaction post | hantaran reaksi | Umum | Tiada | Penglibatan pengguna dalam media sosial yang dilakukan untuk menunjukkan reaksi atau perasaan terhadap sesuatu kandungan. |
| hashtag | tanda pagar | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Tanda # yang digunakan dalam media sosial seperti Twitter untuk menerangkan kata kunci atau topik perbincangan tentang sesuatu perkara. |
| thirst trap | jebak rasa | Umum | Tiada | Tindakan seseorang memuat naik gambar di media sosial yang bertujuan untuk menarik perhatian atau membuat orang yang melihatnya berminat secara seksual. |
| collaborative posts (collab posts) | hantaran kolaboratif | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Kandungan media sosial yang dikongsi bersama oleh dua atau lebih akaun, dipaparkan dalam profil masing-masing dan menerima respons pengguna secara bersama. |
| reaction post | hantaran reaksi | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Penglibatan pengguna dalam media sosial yang dilakukan untuk menunjukkan reaksi atau perasaan terhadap sesuatu kandungan. |