| dilatory tactics | taktik melengah | Sejarah | Tiada | Taktik peperangan dengan cara melengah-lengahkan tindak balas sebagai satu cara melemahkan lawan. |
| delaying | melengah | Pendidikan | Tiada | Tiada |
| procrastinator | peculas | Sejarah | Tiada | Orang yang malas dan suka melengah-lengahkan sesuatu tugas yang diamanahkan kepadanya. |
| time wasting | lengah masa | Sukan | Tiada | Satu helah oleh mana-mana pemain untuk melengah-lengahkan masa permainan, dan ini dianggap salah dari segi peraturan. |
| passive-aggressive behaviour | tingkah laku pasif-agresif | Perubatan | Psikiatri | Perlakuan yang pasif, seperti menangguh atau melengah-lengahkan kerja, degil, sengaja menghasilkan kerja yang kurang bermutu atau berpura-pura lupa berserta perbuatan suka mengkritik pihak atasan. |
| administrative control instruments | alat kawalan pentadbiran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Instrumen yang digunakan untuk mengawasi dan memantau pelaksanaan tadbir urus sesebuah organisasi. Alat kawalan pentadbiran digunakan untuk memastikan tidak wujud penyalahgunaan kuasa, ponteng kerja, datang lewat atau melengah-lengahkan kerja agar segala perancangan organisasi berjalan lancar seperti yang telah ditetapkan. Contohnya, penggunaan kamera litar tertutup (CCTV), kad perakam waktu, fail meja dan manual prosedur kerja. Hierarki dan struktur organisasi juga merupakan alat kawalan pentadbiran yang penting. Alat ini akan menentukan cara organisasi diurus dan dikawal oleh pentadbir atasan. |
| red tape | pita merah | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Perkara-perkara yang mengganggu, melambatkan dan menghalang kelancaran pengurusan khususnya dalam konteks pembuatan keputusan birokratik. Biasanya pita merah dikaitkan dengan sikap atau cara kerja kakitangan dalam sesebuah organisasi yang suka melengah-lengahkan kerja dan memberikan lebih perhatian kepada perkara-perkara yang kurang penting, manakala perkara-perkara yang penting dilakukan secara sambil lewa. Keadaan ini boleh menyumbang kepada corak pengurusan dan pentadbiran yang lemah. Pita merah bukan sahaja wujud dalam hal ehwal pentadbiran kerajaan, tetapi juga wujud dalam pertubuhan-pertubuhan lain seperti syarikat, agensi dan NGO. Pita merah juga dikenali sebagai kerenah birokrasi. |