| digital marketer | pemasar digital | STEM | Tiada | Individu yang memasarkan produk atau perkhidmatan melalui saluran digital. |
| product proliferation | percambahan keluaran | Ekonomi | Tiada | Keadaan apabila firma memasarkan keluarannya dengan berbagai-bagai jenama dengan tujuan memperoleh pasaran yang luas. |
| farmer�s market | pasar tani | Pelancongan | Tiada | Tempat untuk memasarkan produk pertanian dan menjadi daya tarikan pelancong. |
| content marketing | pemasaran kandungan | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Aktiviti memasarkan kandungan maklumat daripada penciptaan, penerbitan, dan perkongsian seperti video, blog, dan catatan media sosial yang disasarkan kepada pengguna secara dalam talian. |
| market penetration | tembus pasaran | Pentadbiran | Tiada | Proses memasuki pasaran dengan tujuan memasarkan keluaran baharu. |
| cosmetic notification holder | pemegang pemberitahuan kosmetik | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Syarikat yang bertanggungjawab memasarkan produk kosmetik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan skop perniagaannya adalah berkaitan dengan produk kesihatan atau kosmetik. Pemegang pemberitahuan kosmetik tidak semestinya pemilik produk. Sinonim pemegang notifikasi kosmetik. |
| drug licensing | pelesenan ubat | Sains Kesihatan | Tiada | Proses untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa untuk memasarkan ubat. |
| product registration holder | pemegang pendaftaran produk | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Entiti sah yang mendapat kebenaran untuk memasarkan produk farmaseutikal dan herba. Pemegang pendaftaran produk herba bertanggungjawab terhadap semua aspek kualiti dan keselamatan produk serta pematuhan syarat-syarat pemasaran yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sinonim pemegang kebenaran pemasaran. |
| breakeven princing | penentuan harga pulang modal | Pentadbiran | Tiada | Strategi penetapan harga yang mendapatkan balik kos membuat dan memasarkan sesuatu keluaran. |
| traditional medicine registration | pendaftaran ubat tradisional | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Proses untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa bagi memasarkan produk ubat tradisional di bawah peruntukan Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR). |