| verbalisation | verbalisasi | Pendidikan | Tiada | Perihal membentangkan penyelesaian masalah dalam bentuk lisan. |
| query sheets | lembaran pertanyaan | Alam Bina | Tiada | Lembaran khas yang digunakan untuk membentangkan pertanyaan. |
| celup lenggang | celup lenggang | Kesenian | Seni Batik | Celup warna yang dilakukan, biasanya oleh dua orang dengan membentangkan dan melenggangkan kain di dalam larutan pewarna supaya lilin pada kain tidak patah, khususnya untuk batik sarung dan batik lepas. |
| general system design | reka bentuk am sistem | Teknologi Maklumat | Tiada | Fasa dalam kitaran hayat pembangunan sistem yang membentangkan beberapa alternatif reka bentuk sistem. Salah satu reka bentuk ini akan diusul dan dikaji. |
| risikan bisnes | business intelligence | Kecerdasan Buatan | Perkhidmatan | Proses yang menggunakan alat data, aplikasi, infrastruktur IT dan amalan terbaik untuk menganalisis dan membentangkan data bisnes dengan tujuan menyokong pembuatan keputusan strategik dan taktikal yang termaklum. Aktiviti tipikal termasuklah pemvisualan data, penggudangan data, pemprosesan analisis dalam talian (OLAP), pertanyaan dan pelaporan. Lihat juga risikan. |
| chiorine log | log klorin | Kejuruteraan | Petroleum | Log neutron yang prinsip pengukurannya berdasarkan gerak balas beradioaktif yang diberikan oleh atom klorin apabila atom klorin itu menyerap neutron lemah ke dalam nukleus atomnya. Atom klorin membebaskan sinar gama tangkapan apabila ia menyerap neutron tersebut dan ini boleh dikesan serta ditentukurkan ke nilai keporosan medium. log ini membentangkan nilai keporosan formasi terhadap kedalaman. |
| hydrogen log | log hidrogen | Kejuruteraan | Petroleum | Sejenis log neutron yang prinsip pengukurannya berdasarkan gerak balas beradioaktif yang diberikan oleh atom hidrogen bila ia dilanggar oleh neutron. Neutron mengalami kehilangan tenga dengan cepat sehingga mencapai peringkat tenaga epiterma apabila berlanggar dengan atom hidrogen. Keamatan neutron seperti ini boleh dikesan dan boleh dikaitkan dengan nilai keporosan medium. Log ini membentangkan nilai keporosan formasi terhadap kedalaman. |
| marketing research | penyelidikan pemasaran | Komunikasi | Korporat | Proses dan aktiviti yang sistematik untuk mengenal pasti, mengumpul, menganalisis, dan menyebarkan data kepada pembuat keputusan pemasaran. Tujuannya adalah untuk menyediakan maklumat bagi merancang strategi pemasaran, peramalan, dan perancangan masalah pemasaran. Selain itu, proses ini digunakan untuk mengenal pasti peluang pemasaran dan rangkaian hubungan antara pelanggan. Peringkat pelaksanaan aktiviti penyelidikan biasanya mengandungi empat peringkat. Pertama, mengenal pasti masalah atau isu. Kedua, menyediakan kaedah dan peralatan penyelidikan secara saintifik. Ketiga, melakukan penyelidikan. Keempat, menganalisis data serta membuat dan membentangkan laporan. Kaedah yang kerap digunakan adalah kajian lapangan perbincangan kumpulan fokus, serta kajian melalui pos dan elektronik. Aktiviti penyelidikan biasanya dilakukan oleh organisasi yang berkenaan melalui syarikat perunding penyelidikan. |