| critical thinking | pemikiran kritis | Perubatan | Tiada | Pemikiran yang bertujuan membuat pertimbangan berdasarkan imbasan kembali terhadap bukti-bukti bagi memperkukuh rumusan. |
| critical thinking | pemikiran kritis | Kejururawatan | Tiada | Pemikiran yang bertujuan membuat pertimbangan berdasarkan imbasan kembali terhadap bukti-bukti bagi memperkukuh rumusan. |
| arsenic | arsenik | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Logam yang ditemui dalam kandungan tembaga dalam satu mendapan yang bertujuan untuk memperkukuh hasil cetakan artifak dan juga menambah kekerasannya. Kandungan tiga peratus arsenik dalam tembaga sudah memadai untuk tujuan tersebut. Penggunaannya hampir sama dengan campuran bijih timah dalam tembaga untuk menghasilkan alatan gangsa. Contohnya, penemuan di Jerman, mendapati arsenik wujud dalam kandungan tembaga. |
| Network for Greening the Financial System (NGFS) | Rangkaian Penghijauan Sistem Kewangan (NGFS) | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Kumpulan Bank Pusat dan pengawal selia yang berkuasa untuk membantu memperkukuh tindak balas global yang diperlukan agar mencapai matlamat Persetujuan Paris. Rangkaian ini dapat meningkatkan peranan sistem kewangan dan memacu modal pelaburan hijau dan karbon rendah dalam konteks pembangunan kemampanan alam sekitar yang meluas. |
| Glasgow Climate Pact | Pakatan Iklim Glasgow | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Persetujuan yang dicapai semasa Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2021 di Glasgow, Scotland untuk memperkukuh usaha bagi membina daya tahan terhadap perubahan iklim dan mengekang pelepasan gas rumah hijau serta menyediakan pembiayaan yang diperlukan oleh kedua-duanya. |
| benchmarking | penandaarasan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Proses yang sistematik dan berterusan untuk mengenal pasti, mengamalkan dan membudayakan amalan kerja organisasi yang terbaik dan cemerlang di dalam atau di luar organisasi. Penandaarasan juga merupakan satu tindakan untuk memperkukuh pelaksanaan PKM dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan agensi kerajaan. Bagi memudahkan agensi kerajaan melaksanakan program penandaarasan, kerajaan telah mengenal pasti satu garis panduan yang terkandung dalam Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 1999, iaitu Garis Panduan Pelaksanaan Penandaarasan Dalam Perkhidmatan Awam. Penandaarasan dilaksanakan dengan cara membandingkan aktiviti atau pencapaian teras organisasi dengan badan dalam atau luar organisasi dalam kategori yang sama. Contohnya, perbandingan standard perkhidmatan kaunter pelanggan Pos Malaysia dengan Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara. |
| white hat | topi putih | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Individu berperwatakan penggodam yang menggunakan kemahiran pengaturcaraannya dan kepakaran teknikalnya untuk mencari ketakteguhan keselamatan yang wujud pada sistem komputer. Individu ini mengenal pasti dan memperbaik kelemahan tersebut untuk memperkukuh keselamatan sistem komputer dan bukannya pengguna hasad. |
| rehabilitation program | program pemulihan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Tindakan atau usaha yang dilaksanakan untuk memulihara, memperbaiki dan menambahbaikkan sesuatu perkara dengan tujuan mencapai objektif atau matlamat. Antara tindakan yang biasanya diambil dalam program pemulihan ialah mengenal pasti kelemahan, memperkemas perancangan, menambah kekuatan, memperkukuh belanjawan, memantap pengurusan penyenggaraan, memastikan sasaran dan meninjau peluang. Program pemulihan bukan hanya tertumpu kepada masalah sosial masyarakat seperti penagihan dadah, pelacuran, vandalisme semata-mata, ia juga merangkumi projek-projek terbengkalai kerajaan atau pihak lain, penyusunaturan semula pengurusan dan pentadbiran organisasi serta sumber manusia. |
| Organisation of Islamic Cooperation (OIC) | Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Pertubuhan antara kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1969 menerusi Piagam Pertubuhan Persidangan Islam sebagai tindak balas dunia Islam terhadap serangan Zionis yang membakar Masjid al-Aqsa. Antara objektif OIC adalah untuk memupuk perpaduan Islam antara negara anggota, memperkukuh kerjasama negara anggota dalam bidang seperti ekonomi, kebudayaan sosial dan saintifik, menyelaraskan usaha bagi melindungi tempat-tempat suci Islam serta menyokong perjuangan bangsa Palestin bagi membebaskan tanah air mereka daripada cengkaman Zionis. |
| task force | pasukan petugas | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kumpulan individu dalam organisasi yang dilantik secara sah dan diberikan amanah serta tanggungjawab untuk menyempurnakan sesuatu tugas dalam sesuatu jangkamasa yang ditetapkan. Pasukan petugas biasanya bertindak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh seorang ketua yang memantau perjalanan sesuatu perkara atau projek sehingga selesai. Biasanya pasukan petugas ini dilantik untuk menyelidik dan mengenalpasti matlamat sesuatu perkara atau projek yang hendak dilaksanakan sebelum ianya diputuskan. Sebagai contoh, pasukan petugas yang ditubuhkan untuk memperkukuh kualiti pentadbiran organisasi yang lebih dikenali sebagai KMK (Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja). |