| staging | pementasan | Komunikasi | Tiada | Aktiviti mempersembahkan lakonan, nyanyian dan sebagainya untuk tujuan tontonan atau rakaman. |
| melodrama | melodrama | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk drama yang mempersembahkan hiburan yang bersifat sensasi dan penuh dengan emosi. Persembahan biasanya secara berlebih-lebihan dengan gambaran aksi ganas dan berdarah, berlatarkan gurun dan petir serta memaparkan makhluk sihir, hantu dan jembalang. Watak utama bersifat hitam putih dengan watak baik terlalu suci murni, sementara watak jahat pula terlalu durjana. Bentuk drama ini berasal dari Peancis dalam dekad 1760-an dan berkembang di Jerman beberapa tahun kemudian. Kebanyakan drama televisyen dan filem masa kini menggunakan bentuk drama ini, terutama sekali filem Hindustan. Antara contoh melodrama ialah Sweeney Todd: The Domon Barber of Fleet Street dan Under the Gaslight. |
| bangsawan | bangsawan | Kesusasteraan | Tiada | Teater Melayu yang mempersembahkan cerita tentang golongan atasan dan menandakan perkembangan awal teater Melayu moden. |
| bar chart | carta palang | Matematik | Tiada | Suatu cara untuk mempersembahkan maklumat, menggunakan graf bentuk segi empat bujur yang lebarnya seragam tetapi berlainan panjang berdasarkan data yang diwakili. |
| bar chart | carta bar | Perubatan | Tiada | Suatu cara untuk mempersembahkan maklumat, menggunakan graf bentuk segi empat bujur yang lebarnya seragam tetapi berlainan panjang berdasarkan data yang diwakili. |
| musical commercial | iklan irama | Komunikasi | Korporat | Salah satu kaedah mempersembahkan mesej pengiklanan dengan mengguna - kan irama dan lagu. Melalui kaedah ini, mesej dipersembahkan dengan iringan muzik yang dicipta khas untuk membawa mesej yang disampaikan. Terdapat dua cara utama iklan ini dihasilkan. Pertama, keseluruhan iklan dipersembahkan sepenuhnya dalam bentuk muzik dan setiap perkataan yang digunakan memberikan makna yang berkaitan dengan barangan atau perkhidmatan. Kedua, iklan yang disampaikan dengan pendekatan persembahan yang pelbagai, iaitu gabungan antara muzik bermesej dengan dialog atau maklumat mengenai barangan dan perkhidmatan yang dipersembahkan oleh perawi. Iklan ini berfungsi untuk menarik perhatian khalayak kepada mesej barangan atau perkhidmatan terutamanya kanak-kanak. Iklan ini boleh disiarkan melalui media elektronik atau secara audio yang disampaikan melalui pembesar suara seperti penjual aiskrim. Sinonim dendang. |
| melodrama | melodrama | Kesenian | Drama dan Teater | Bentuk drama yang mempersembahkan hiburan yang bersifat sensasi dan penuh dengan emosi. Persembahan biasanya secara berlebih-lebihan dengan gambaran aksi ganas dan berdarah, berlatarkan guruh dan petir serta memaparkan makhluk sihir, hantu dan jembalang. |
| anchor man | peneraju berita | Komunikasi | Tiada | Personaliti televisyen utama yang mempersembahkan berita yang turut dibantu oleh beberapa orang personaliti yang lain. Bahan berita yang disampaikan itu diperoleh dari berbagai-bagai sumber. |
| stock company | kumpulan tetap | Kesenian | Drama dan Teater | Kumpulan teater yang sering mempersembahkan teater di sesebuah panggung secara tetap. Para pelakon kumpulan ini biasanya terdiri daripada orang yang sama. Kumpulan ini juga memberikan peluang kepada bakat baharu. Kelebihan kumpulan teater jenis ini ialah para petugasnya dapat melakukan kerja dengan pantas dan lancar kerana mempunyai pengalaman sedia ada. |
| content curation | kurasi kandungan | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Proses mencari, menemui, mengumpul, mempersembahkan dan mengongsi bahan pembelajaran digital yang berkaitan subjek atau topik tertentu. |