| analysis, dimensional | analisis dimensi | Hidrologi | Tiada | Membuat kesimpulan dengan mempertimbangkan dimensi setiap sebutan dalam persamaan yang menghuraikan sesuatu proses fizikal. |
| prescriptive approach | pendekatan preskriptif | Pendidikan | Tiada | Prosedur penekanan piawai untuk mempertimbangkan nilai, perlakuan dan seni. |
| selection of risk | pemilihan risiko | insurans | Tiada | Proses yang dijalankan oleh insurer untuk mempertimbangkan sama ada menerima, menolak atau menangguhkan cadangan untuk mendapatkan perlindungan insurans. |
| selection of risk | pemilihan risiko | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Proses yang dijalankan oleh insurer untuk mempertimbangkan sama ada menerima, menolak atau menangguhkan cadangan untuk mendapatkan perlindungan insurans. |
| relative value scale | skala nilai relatif | Farmasi | Tiada | 1. Kaedah menentukan nilai perkhidmatan tertentu yang mempertimbangkan masa dan kesukaran memberikan perkhidmatan tersebut. 2. Set parameter yang tidak berdimensi. Contohnya, graviti tentu dan kekonduksian tentu. |
| Euler method | kaedah Euler | Fizik | Mekanik | Kaedah mengkaji gerakan bendalir atau mekanik jasad boleh cangga dengan mempertimbangkan unsur-unsur isi padu pada sesuatu lokasi tetap dalam ruang yang direntasi aliran bahan. bd. kaedah Lagrange |
| Lagrangian method | kaedah Lagrange | Fizik | Mekanik | Kaedah mengkaji gerakan bendalir atau mekanik jasad boleh cangga, dengan mempertimbangkan unsur-unsur isi padu yang dibawa bersama dengan jasad bendalir, dan merentasi sempadan-sempadan bahan-bahan yang tidak mengalir. Kaedah ini bertentangan dengan kaedah Euler. |
| seriatim method | kaedah seriatim | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kaedah untuk menetapkan nilai pendedahan dalam pengiraan kadar kemortalan dengan mempertimbangkan setiap hayat yang terdedah satu persatu dan bukan secara kumpulan. |
| object-oriented programming | pengaturcaraan berorientasi objek | Teknologi Maklumat | Tiada | Pengaturcaraan yang berasaskan konsep objek, tindakan dan warisan sambil mempertimbangkan bersama data dan atur cara. |
| inclusive supply chain | rantaian bekalan terangkum | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Sosial | Kaedah memperoleh barangan, perkhidmatan atau bahan mentah dengan mempertimbangkan keterlibatan semua pemegang kepentingan termasuk pembekal kecil, wanita dan komuniti terpinggir secara adil dan saksama. |