Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : menjadikan sesuatu lebih baik: Kerajaan akan ~ perkhidmatan yg sedia ada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
agrobiotechnologyagrobioteknologiPertanianAgroteknologiKajian saintifik bagi menambah baik tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti pertanian. Kajian ini berasaskan pengetahuan tentang DNA dan pengenalpastian gen yang dapat memberi faedah kepada tanaman yang boleh digunakan untuk memperbaik ciri-ciri tanaman dan ternakan. Agrobioteknologi dapat menambah baik tanaman dan ternakan yang tidak dapat dihasilkan melalui kaedah pembiakbakaan tradisional. Kaedah penting dalam agrobioteknologi melibatkan pemindahan gen daripada satu organisma kepada organisma yang lain. Melalui kaedah ini, banyak tanaman yang mempunyai ciri ketahanan terhadap penyakit telah dihasilkan.
editingpenyuntingan-TiadaProses menyemak dan menambah baik manuskrip yang melibatkan bahasa, persembahan, fakta, bahan grafik dan lain-lain.
sweepimbas elektronikKomunikasiKorporatAlat elektronik yang digunakan untuk menambah baik mutu rakaman audio dalam penerbitan filem, muzik, atau iklan. Alat ini menggunakan perisian komputer yang berfungsi sebagai pengimbas masalah audio dan penyunting audio. Alat ini juga digunakan apabila mutu rakaman sesuatu penerbitan tidak mencapai tahap yang boleh mewujudkan impak kepada khalayak. Mutu rakaman yang tidak memuaskan ini boleh berlaku semasa proses rakaman audio atau proses penyuntingan, ataupun kerana mutu suara yang sememangnya tidak cukup mantap. Penggunaan alat ini boleh memperbaik kesilapan tersebut tanpa mengeluarkan kos dan masa tambahan seperti melakukan rakaman dan penyuntingan semula.
clinical interventionintervensi klinikalPsikologiPsikologi UmumIntervensi yang digunakan untuk menambah baik, mengekalkan atau menilai status kesihatan klien. Intervensi ini biasanya melibatkan pemerhatian di klinik atau hospital.
breeding methodkaedah pembiakbakaanPertanianAgronomi

Kaedah yang digunakan untuk  menambah baik baka sesuatu tanaman atau ternakan. Kaedah pembiakbakaan klasik berasaskan pemilihan baka daripada populasi yang besar untuk mendapatkan ciri tertentu seperti tanaman yang mempunyai bunga yang menarik. Baka yang dipilih akan digandakan untuk mewujudkan varieti baru. Kaedah ini juga melibatkan kacukan antara baka untuk mendapatkan kepelbagaian yang lebih besar dan pemilihan dibuat daripada progeni kacukan. Kaedah pembiakbakaan moden pula menggunakan pendekatan molekular melalui pengenalpastian gen yang memberi sesuatu ciri. Gen ini akan dipindahkan ke sesuatu baka melalui kejuruteraan genetik untuk mendapatkan ciri yang dikehendaki.

digital transformationtransformasi digitalSTEMTiadaPenerimagunaan teknologi digital secara strategik untuk menambah baik proses dan meningkatkan produktiviti.
process engineerjurutera prosesSTEMTiadaPakar yang mereka bentuk, menjalankan, menyelenggara dan menambah baik proses perindustrian.
dietary supplementpenokok dietMakanan dan PemakananMakananProduk yang mengandungi ramuan diet yang dimakan untuk menambah baik nilai pemakanan dalam diet sedia ada. Ramuan diet terdiri daripada satu atau gabungan antara bahan berikut, iaitu vitamin, mineral, herba atau bahan botanikal lain.
occupational therapyterapi cara kerjaPerubatanTiadaRawatan berasaskan penjagaan diri, kerja dan permainan. Rawatan ini bertujuan menambah baik fungsi dan kebolehan pesakit dalam aktiviti hariannya.
occupational therapyterapi cara kerjaUmumTiadaRawatan berasaskan penjagaan diri, kerja dan aktiviti. Rawatan ini bertujuan menambah baik fungsi dan keupayaan pesakit dalam aktiviti hariannya.
1234

Kembali ke atas