| kicking | menendang | Pendidikan | Tiada | Tiada |
| kick off | tendang mula; tendang terpa | Sukan | Tiada | 2. Perbuatan menendang tembok ketika melakukan kuang dalam pusingan. |
| mae tobi geri | tendang terbang depan | Sukan | Tiada | Melompat sambil menendang ke hadapan. |
| yoko tobi geri | tendang terbang sisi | Sukan | Tiada | Melompat sambil menendang ke sisi. |
| kickers | pelapik kasut | Sukan | Tiada | Pelapik kasut yang digunakan oleh penjaga gol untuk menendang bola hoki. |
| goal | matlamat | Sukan | Tiada | 1. Gol: Pasukan yang berjaya memperoleh tambahan dua 2. mata dengan menendang bola ke gol, menepati sasaran di atas palang dan di antara dua tiang gol, dengan cara tendang letak atau tendang lantun, selepas membuat trai. Jumlah mata untuk gol iaitu tujuh 7.. |
| American football | bola sepak Amerika | Sukan | Tiada | Sukan yang dimainkan oleh 11 orang pemain di setiap pasukan dengan cara menendang, membaling dan membawa bola berbentuk bujur. |
| discrete skill | kemahiran diskret | Sains Sukan | Biomekanik | Kelas kemahiran yang memperlihatkan permulaan lakuan yang jelas. Tahap permulaan dan pengakhiran lakuan ditentukan oleh kinematik pergerakan. Contohnya, kemahiran menendang, memukul atau membaling bola. |
| isotonic contraction | penguncupan isotonik | Sains Sukan | Biomekanik | Penguncupan yang melibatkan perubahan pada panjang otot. Penguncupan isotonik menghasilkan daya yang tetap di sepanjang pergerakan. Kebanyakan lakuan dalam sukan seperti menendang bola, menanduk, melontar dan menangkap bola ialah hasil daripada penguncupan secara isotonik. Terdapat dua jenis penguncupan isotonik, iaitu penguncupan eksentrik dan penguncupan konsentrik. Lihat juga penguncupan eksentrik, penguncupan konsentrik. |
| side stroke | gaya sisi | Sukan | Tiada | Gaya renang dengan kedudukan badan mengiring, satu tangan menguak gaya dada, satu lagi menguak air dari dada ke paha atau lurus di tepi badan. Kedua-dua lutut membengkok, menendang secara mengangkang dan menutup kaki dengan pantas. Gaya ini sesuai untuk menunda mangsa. Sinonim : scissors stroke |