Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.lom.po/.kan] | مڠلومڤوقکن

Definisi : menyatukan (mengum­pulkan dsb) menjadi kelompok atau beberapa kelompok, membahagikan (mengasingkan) kpd beberapa kelompok atau kpd kelompok-­kelompok tertentu, menjadikan berkelom­pok atau berkelompok-kelompok: usaha ~ ilmu kpd bidang-bidangnya adalah utk tujuan pembentukan istilah dan perkamusan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.lom.po/.kan] | مڠلومڤوقکن

Definisi : membahagikan atau mengasingkan kpd beberapa kelompok; menjadikan berkelompok-kelompok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengelompokkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
departmentationpenjabatanPentadbiranTiadaPembahagian tenaga kerja dengan mengelompokkan segala kegiatan yang berkaitan ke dalam unit-unit kerja tertentu ataupun satu proses membahagikan kumpulan yang besar kepada kumpuln yang kecil. Sinonim: departmentalisation
typologytipologiSains PolitikPolitik PerbandinganMembahagi atau mengelompokkan sesuatu bahan kajian kepada beberapa kelompok. Kaedah ini dibuat untuk menjelaskan sesuatu gambaran tentang sesuatu perkara serta mempermudahkan analisis. Proses ini kerap dibuat untuk memberi gambaran tentang terdapatnya perbezaan antara satu jenis dengan jenis yang lain. Contohnya, penjenisan negara kepada negara maju, negara Komunis dan negara sedang membangun. Sinonim penjenisan.
agglomerationgumpalan; penumpuanSejarahTiadaTindakan atau proses mengumpul atau mengelompokkan sesuatu dalam kumpulan besar.
cloud classificationpengelasan awanSainsHidrometeorologiSistem untuk membezakan dan mengelompokkan awan mengikut satu atau lebih kriteria yang berikut: ketampakan (rupa); proses pembentukan; ketinggian umum; dan kandungan zarah.
penapisan kolaboratifcollaborative filteringKecerdasan BuatanPerkhidmatanTeknik dalam sistem pengesyoran yang mengelompokkan pengguna berdasarkan keserupaan ciri seperti kelakuan, minat, keutamaan, atau citarasa, dan seterusnya mencadangkan item yang selaras dengan corak pilihan kumpulan tersebut. Contohnya, jika dua pengguna A dan B dalam sekumpulan yang berminat pada item X dan Y yang sama, jika pengguna A pula berminat dengan item baru Z, jadi item Z akan disyorkan kepada pengguna B. Teknik ini digunakan secara meluas dalam pelbagai aplikasi, termasuk pengesyoran dalam filem, muzik, produk e-dagang dan kandungan pada platform media sosial.
Morgan's classificationpengelasan MorganMatematikTiadaSkema pengelasan galaksi yang dicipta oleh W.W. Morgan, yang mengelompokkan galaksi menurut spektrum komposit bintang masing-masing, bentuk, darjah pemusatan dan orientasi masing-masing.
pengelompokanclusteringKecerdasan BuatanPembelajaranKaedah pembelajaran mesin tak terselia yang membina model daripada data latihan tidak berlabel dengan mengelompokkan titik data berdasarkan darjah persamaan antara data tersebut. Kaedah ini menghimpunkan data yang berkongsi ciri atau pola yang serupa ke dalam gugusan atau kelompok tertentu. Pengelompokan digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang seperti pembahagian pelanggan, pembahagian imej dan pengesanan anomali. Pemilihan alkhwarizmi pengelompokan bergantung pada sifat data, hasil yang diperlukan dan ciri khusus masalah yang ingin diselesaikan. Antara alkhwarizmi yang biasa digunakan ialah K-min, Pengelompokan Jangkaan�Maksimum dan Pengelompokan Hierarki Aglomeratif. Lihat juga pembelajaran mesin tak terselia.
category scaleskala kategoriPsikologiPsikologi UmumHubungan antara skor numerik dengan sesuatu atribut atau kuantiti yang diukur. Skala ini mengelompokkan data berdasarkan nombor atau kategori tertentu yang umumnya tidak memberi makna. Contohnya, bagi membezakan respons berdasarkan jantina, nombor 1 digunakan untuk lelaki dan 2 untuk perempuan. Walau bagaimanapun, skala ini tidak bermakna lelaki lebih baik daripada perempuan.
operational taxonomic unit (OTU)unit operasi taksonomi (OTU)BioinformatikBioinformatik MolekulNod luaran pada pepohon filogenetik. Jujukan DNA dan protein dalam famili yang sama digunakan sebagai unit operasi taksonomi untuk mengelompokkan organisma melalui proses penjanaan pepohon filogenetik.

Kembali ke atas