Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.mas.kan] | مڠمسکن

Definisi : 1. menjadikan tersusun (ter­atur, rapi, dll), membereskan: sekalian anak kapal sibuk ~ barang-barang kerana masing-masing hendak segera turun ke pangkalan; ~ diri menghiaskan diri (dgn bersolek, berpakaian bersih, dll); 2. menghabiskan (wang, harta benda, dll): belum berapa lama berkahwin, hartanya sudah dikemaskan oleh suaminya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.mas.kan] | مڠمسکن

Definisi : menjadikan tersusun (teratur dll); menjadikan terkumpul atau kemas: Ia tidak diizinkan pulang sebelum ~ kerjanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kemas (adjektif)
1. Bersinonim dengan rapi: kemin, sering, terurus, teratur, tersusun,
Berantonim dengan berselerak

2. Bersinonim dengan kuat: teguh, erat, kukuh,

3. Bersinonim dengan beres: bersih, habis, selesai,

4. Bersinonim dengan sihat: segar

Kata Terbitan : berkemas, berkemas-kemas, mengemaskan, pengemas,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
menjalin karatmenjalin karatKesenianTiadaProses mengemaskan bahagian atas karat dengan mengikat benang karat berberkas dengan benang asing pada geligin supaya kukuh.
peleguan (Sbh.)peleguan (Sbh.)KesenianTiadaProses mematikan atau mengemaskan anyaman pada anyaman yang menggunakan kercut.
fouriauxfuriauksKesenianTiadaSampul rambut daripada sutera untuk mengemaskan tocang panjang, dipakai oleh wanita kenamaan pada awal abad ke-12 di Eropah.
reamerpelulasTeknikElektrikAlat yang digunakan untuk membesarkan atau mengemaskan lubang yang telah digerudi sebelumnya atau untuk membuang reja-reja dalam pembuluh. Alat ini berbentuk kerucut dan perlu dipasang pada gerudi sebelum boleh digunakan.
oversewingjahit lilit ubiKesenianTiadaJahit lilit pada tepi kain untuk mengemaskan dan menghindarkan tepi kelim daripada terburai.
oversewingjahit lilit ubiPentadbiran PerniagaanTiadaJahit lilit pada tepi kain untuk mengemaskan dan menghindarkan tepi kelim daripada terburai.
lamp fittingkemasan lampuSosiologiTiadaBahan-bahan yang dipasang pada lampu untuk mengemaskan pemasangan.
elephant earspan keminKejuruteraanTiadaSpan yang rata dan berbutir halus untuk mengemaskan permukaan tembikar sebelum dibakar.
cable socketsoket kabelSosiologiTiadaAlat tambah yang dipasang di hujung kabel untuk mengemaskan pemasangan kabel.
cache-peignesampul sanggul peigneKesenianTiadaSampul net bereben yang dipakai oleh wanita untuk mengemaskan sanggul supaya tidak terurai. Dipakai pada tahun 1850-an dan 1860-an.
12

Kembali ke atas