| gaming simulation | penyelaku permainan | Sosiologi | Tiada | Mengguna pakai teori mainan secara meniru keadaan sebenar. |
| gaming simulation | penyelaku permainan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Mengguna pakai teori mainan secara meniru keadaan sebenar. |
| AI autonomi | autonomous AI | Kecerdasan Buatan | Etika dan Falsafah | Sistem AI yang berupaya membuat keputusan dan melaksanakan tindakan secara sendiri tanpa campur tangan manusia, termasuk keupayaan menilai situasi dan menyesuaikan tindak balasnya secara berterusan. Ciri AI autonomi mengguna pakai AI selamat, AI telus dan AI boleh jelas untuk mencapai tahap autonomi yang sebenarnya. Namun, kebolehan membuat keputusan tanpa campur tangan manusia menimbulkan cabaran etika dan kebertanggungjawaban, khususnya apabila keputusan yang dihasilkan tidak sejajar dengan nilai moral atau sosial. Contohnya, sistem kenderaan swapandu yang memilih untuk mengelak kemalangan dengan mengorbankan pejalan kaki, atau sistem pengesanan pencerobohan rangkaian yang menyesuaikan tindak balasnya secara automatik tanpa semakan manusia. Lihat juga AI telus, AI boleh jelas. |
| open system | Sistem terbuka | Teknologi Maklumat | Tiada | Sistem bebas vendor yang direka bentuk untuk berhubung dengan pelbagai jenis produk. Sistem ini memiliki salah satu daripada ciri berikut iaitu mudah alih, saling boleh operasi atau bebas dari piawai proprietari. kerana sistem ini mengguna pakai piawaian yang telah dipersetujui oleh pelbagai pihak. Sistem terbuka lazimnya merujuk sistem pengendalian berasaskan UNIX kerana UNIX boleh dijalankan pada pelbagai jenis komputer berbanding sistem pengendalian yang lain seperti Windows (vendor Microsoft), MacOS (vendor Apple) dan MVS (vendor IBM). |
| bildungsroman | bildungstoman | Kesusasteraan | Tiada | Novel yang memaparkan perkembangan protagonis dari zaman kanak-kanak atau remaja hingga ke tahap dewasa. Bildrungsroman memaparkan proses kematangan yang dicapai oleh wira muda selepas dia berjaya mengharungi liku-liku hidup. Bildungsroman dikaitkan dengan karya Goethe bertajuk Wilhelm Meisters Lehrjahre (1796) yang dianggap sebagai pengasas pola ini. Beberapa novel ulung pada abad ke-19 dan ke-20 mengguna pakai pola bildungsroman, contohnya novel David Copperfield oleh Charles Dickens. Apabila novel ini secara khusus melukiskan pembentukan seorang seniman, novel ini digelah kunstleroman. Contoh kunstleroman ialah A Portrait of the Artist as a Young Man oleh James Joyce. Mutakhir ini, pengkritik feminis mempertikaikan bentuk bildungsroman lelaki kerana pola perjalanan hidup seorang lelaki tidak sama dengan pola yang dilalui oleh seorang wanita. Para pengkritik feminis mengutamakan pengalaman wanita yang membina jati dirinya. Bildrungsroman berasal daripada bahasa Jerman bermaksud �novel pembentukan�. Liha |