Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.kis] | مڠيکيس

Definisi : 1. menghilangkan, melenyapkan, meluputkan: kemesraan itu sekarang sudah cukup sebati dan tidak dapat dikikis lagi; ~ ingatan yg mengacau di fikirannya; 2. menghabiskan (harta benda): oleh sebab suka berjudi ia telah ~ habis harta pusaka drpd orang tuanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.kis] | مڠيکيس

Definisi : mengerik (menghapuskan dll) dgn benda tajam (spt pisau dll): cat pd dinding itu harus dikikis dahulu sebelum disapu cat yg baru; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.kis] | مڠيکيس

Definisi : 1 menghapuskan sesuatu dgn benda tajam: ~ karat. 2 ki menghilangkan atau meluputkan (perasaan, fikiran dsb): Dia mencuba ~ perasaan iri hati terhadap temannya itu. 2 ki menghabiskan (harta, wang dsb): Habis dikikisnya segala harta peninggalan ayah dan ibunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kikis2 (adjektif)
1. Bersinonim dengan hilang: lenyap, luput,

2. Dalam konteks harta benda
bersinonim dengan habis, haus, punah, lingkup,

Kata Terbitan : mengikis, kikisan, mengikis,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mengikismengikisKesenianTiadaProses melicinkan bahagian-bahagian kasar kesan pada ukiran.
trowelkulirArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat yang digunakan untuk mengikis tanah dalam petak galian. Alat ini boleh digunakan untuk merata bahagian tepi dinding tanah dan juga mengikis serpihan yang dijumpai dalam tanah. Alat ini juga amat penting untuk membersihkan sesuatu lapisan tanah sebelum mengikis lapisan tanah seterusnya. Kulir berbentuk lurus dan tajam dan hanya boleh digunakan dengan menggunakan tangan. Terdapat dua jenis saiz kulir, iaitu bersaiz sederhana dan besar. Penggunaannya bergantung pada struktur tanah dan keluasan petak galian.
corrading streamsungai mengikisGeologiTiadaTiada
fettlerapiKesenianTiadaProses mengikis, meratakan dan membersihkan permukaan hasil tuangan logam atau tembikar sebelum dimasukkan ke dalam tanur atau ketuhar.
excochleationekskokleasiPerubatanTiadaPembedahan untuk mengikis sesuatu rongga.
rabotagekikis datarSejarahTiadaTeknik mengikis secara mendatar bahagian permukaan fisur yang agak terlindung untuk melihat perbezaan warna khasnya pada tanih yang berpasir dan berkelikir dalam kajian arkeologi.
fettlingpengeminanKejuruteraanTiadaProses memotong, mengikis atau melelas tembikar anum atau logam untuk mengemaskannya.
penguosan (Bid.)penguosan (Bid.)KesenianTiadaProses mengikis kulit ari buluh yang masih hijau supaya senang dicat.
scrapper planeketam kikisKesenianTiadaKetam untuk mengikis dan meratakan permukaan yang lebar seperti lantai.
concave scraperpengikis cekungKesenianTiadaAlat untuk mengikis permukaan yang cekung.
1234

Kembali ke atas