| critical closing speed | laju penutupan genting | Aeroangkasa | Tiada | Laju tertentu apabila sesebuah paracut yang berkembang akan menguncup semula.,Laju tertentu apabila sesebuah paracut yang berkembang akan menguncup semula. |
| muscle | otot | Perubatan | Tiada | Tisu badan yang mengandungi sel panjang yang menguncup apabila dirangsang dan menyebabkan berlakunya pergerakan. |
| synergy | sinergi | Sains Sukan | Biomekanik | Keadaan apabila dua atau lebih otot menguncup pada sendi yang sama, menyebabkan sesuatu pergerakan berlaku. |
| duck foot | tapak itik | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kaki perabot berbentuk melengkung, menguncup ke bawah dan berkumai serta mempunyai tapak yang menyerupai kaki itik. Tapak itik mula diperkenalkan pada abad ke-18 di Eropah. Lihat juga lapik kaki. |
| contractile vacuole | vakuol mengecut | Biologi | Histologi dan Sitologi | Ruang di dalam sel yang boleh mengembang dan menguncup untuk mengawal atur proses osmosis dan perkumuhan. Ruang ini banyak terdapat pada protozoon air tawar, misalnya ameba. |
| pneumolysis | pneumolisis | Perubatan | Tiada | Pemecahan bahagian tisu yang melekatkan peparu dengan dinding ruang dada, yang mengakibatkan peparu menguncup. |
| premain sequence star | bintang prajujuk utama | Matematik | Tiada | Bintang Be, Ae dan T Tauri yang masih mengembang dan menguncup dan dikeliling oleh gas serta debu dan masih belum menjadi bintang jujukan utama. |
| Kollsman altimeter | meter tinggi Kollsman | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Alat yang terdiri daripada gegendang jenis belos yang mengembang dan menguncup akibat perubahan tekanan atmosfera. Gegendang tersebut berfungsi menukar tekanan barometer kepada ukuran ketinggian dalam unit kaki atau meter. Alat ini digunakan dalam pesawat udara seperti kapal terbang dan helikopter untuk menentukan ketinggian dari aras laut. |
| autogenetic reflex | refleks autogenetik | Sains Sukan | Biomekanik | Keadaan otot yang menerima rangsangan sensori, yang juga merupakan bahagian otot yang menguncup untuk menghasilkan pergerakan. |
| diel periodicity | keberkalaan harian | Perikanan | Tiada | Keadaan atau kejadian yang berulang-ulang dalam masa 24 jam atau kurang, misalnya bunga menguncup setiap petang, dan kelawar terbang pada waktu malam. |