| micro syringe | picagari mikro | Kimia | Tiada | Tiada |
| ammonification | pengammoniaan | Kimia | Tiada | 1. Pembentukan ammonia secara bebas semasa pemecahan secara mikro organik nitrogen. 2. Proses menggabungkan sebatian ammonia atau ammonium dengan sesuatu sebatian lain. |
| ensemble | ensembel | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kumpulan kesemua kemungkinan keadaan mikro sesuatu sistem yang berpadanan dengan sifat yang dilihat secara makroskopik. |
| thin layer chromatography | kromatografi lapis tipis | Kimia | Forensik | Kromatografi jenis mikro. Lapisan nipis penjerap, biasanya gel silika khas, disapu pada permukaan kaca, atau digabungkan ke dalam filem plastik. Larutan yang hendak dikaji dititiskan pada satu hujung plat kaca, dan hujung ini kemudiannya direndam dalam pelarut. Pelarut membawa titisan larutan kajian ke bahagian atas plat berdasarkan pemisahan berpilih. Satu perbandingan dengan piawai kemudiannya dibuat untuk mengenal pasti kandungan larutan kajian tersebut. |
| nicrogel particle | butiran mikrogel | Kimia | Tiada | Butiran polimer yang bersaiz 0.05 hingga 1 mikro yang terpaut silang dan terserak di dalam larutan. |
| factorization approximation | anggaran pemfaktoran | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kaedah anggaran termodinamik sistem N bilangan zarah yang tidak berkorelasi dengan mengambil sampel keadaan mikro dan kemudian mengambil kuasa ke-N sifat sampel. |
| microfluidics | mikrobendalir (ilmu) | Fizik | Nanoteknologi | Bidang yang mengkaji ciri bendalir pada skala mikro yang berbeza dengan ciri pada skala makro. Ciri ini termasuklah ketegangan permukaan, pelesapan tenaga dan kelikatan bendalir. Bidang ini penting dalam pembuatan alat automatik operasi kimia yang bersaiz kecil. Dalam bidang perubatan, kajian ini digunakan untuk memindahkan sel dari satu tempat ke tempat lain menggunakan saluran berisi cecair. |
| radiation | sinaran | Kimia | Tiada | Tenaga gelombang elektromagnet, dalam bentuk foton atau kuanta, yang dipancarkan daripada bahan tertentu. Terdapat pelbagai jenis sinaran yang masing-masing mempunyai panjang gelombang cirian dan membentuk spektrum elektromagnet. Jenis-jenis sinaran yang wujud ialah sinar kosmos, sinar gama, sinar-X, sinar ultralembayung, sinar nampak, sinar inframerah, sinar mikro gelombang, dan sinar radio. Sinaran yang mempunyai panjang gelombang yang paling pendek mempunyai tenaga tertinggi. Sinaran mempunyai ciri duaan gelombang dan zarah dan digunakan dalam perubatan sebagai pengaktif vitamin, agen pensterilan dan pemula pempolimeran. Sinaran juga adalah asas bagi semua jenis analisis spektroskopi. |