Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
minit (kata nama)
Bersinonim dengan enam puluh saat, 1/60 jam.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
archival establishmentbadan arkibSejarahTiadaTempat untuk menyimpan dokumen awam atau persendirian seperti minit mesyuarat, surat-menyurat, laporan, catatan sejarah dan sebagainya dan disimpan dengan bersistem.
administrative protocolprotokol pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Prosedur dan peraturan rasmi yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab pentadbiran. Protokol pentadbiran menjelaskan tentang langkah yang perlu diikuti dalam menentukan sesuatu keputusan, mengeluarkan arahan, mengendalikan mesyuarat dan melaksanakan projek. Protokol pentadbiran juga merangkumi panduan asas dalam urusan rasmi, seperti pengesahan minit mesyuarat. Sebelum disahkan, minit mesyuarat perlu diedarkan, dibentangkan semula, dicadang untuk disahkan dan disokong untuk pengesahan.

Cabinet SecretarySetiausaha KabinetPentadbiranPentadbiran Awam

Individu yang bertanggungjawab mengendalikan hal ehwal berkaitan dengan mesyuarat kabinet. Beliau merupakan pegawai pentadbiran utama di Jabatan Perdana Menteri. Setiausaha Kabinet adalah juga Ketua Setiausaha Negara. Tugas-tugas setiausaha ini ialah menyediakan agenda dan minit mesyuarat kabinet, menyampaikan keputusan kabinet kepada badan pelaksana kerajaan seperti jabatan-jabatan kerajaan, agensi-agensi dan perbadanan awam. Setiausaha Kabinet juga merupakan penasihat utama kepada kabinet dalam hal-ehwal yang berkaitan dengan perkhidmatan awam.

meeting agendaagenda mesyuaratPentadbiranPentadbiran Awam

Perihal atau perkara yang diputuskan oleh pihak pengurusan atasan dalam sesebuah organisasi mengenai susunan hal yang akan dikemukakan untuk perbincangan dan pengesahan dalam mesyuarat. Agenda ini bertujuan untuk memastikan mesyuarat dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna, mengikut keutamaan dan berdasarkan prosedur mesyuarat. Agenda mesyuarat berfungsi sebagai pemudah cara untuk pencatatan minit mesyuarat dan memberi ruang kepada ahli mesyuarat untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang sesuatu perkara. Agenda ini perlu diedarkan lebih awal, biasanya seminggu sebelum mesyuarat dijalankan.

quarter showingpaparan sukuKomunikasiKorporatLaporan pengurusan perniagaan atau laporan prestasi perkhidmatan yang perlu disediakan setiap tiga bulan. Hal ini bermakna organisasi perlu menyediakan empat kali laporan pengurusan dalam setahun. Laporan ini perlu disediakan bagi menilai kemajuan yang dicapai dan mengenal pasti masalah yang dihadapi dalam setiap suku tahun. Pihak pengurusan organisasi akan menggunakan laporan ini sebagai alat pengukur pencapaian prestasi yang ingin dicapai bagi suku tahun berikutnya. Antara kandungan utama dalam laporan ini termasuklah jenis aktiviti yang dianjurkan, hasil yang diperoleh sama ada dalam bentuk kewangan atau perkhidmatan, laporan kewangan dan jumlah perbelanjaan serta keuntungan. Selain itu, laporan ini juga mengandungi rumusan minit mesyuarat utama dan aktiviti yang berkaitan dengan perkhidmatan pelanggan. Sekiranya berlaku sesuatu krisis dalam laporan, isu yang berkaitan turut dilaporkan.

Kembali ke atas