| MOLAP (multidimensional OLAP) | MOLAP (OLAP multidimensi) | Teknologi Maklumat | Tiada | Produk OLAP tradisional yang meringkaskan transaksi ke dalam pandangan multidimensi. |
| peta swaorganisasi (SOM) | self-organizing map (SOM) | Kecerdasan Buatan | Pembelajaran | Jenis rangkaian neural buatan yang digunakan dalam pembelajaran tak berselia dan berfungsi untuk memetakan data multidimensi ke dalam ruang berdimensi rendah iaitu dua dimensi sahaja tanpa mengubah struktur topologi asal data. Neuron disusun dalam bentuk grid seperti matriks atau heksagon, iaitu setiap neuron mempunyai pemberat yang mewakili fitur data. Contoh penggunaan SOM ialah pemvisualan kelompok data, pengurangan dimensi untuk analisis data berdimensi besar dan pengesanan anomali. SOM ini pertama kali dicipta oleh Teuvo Kalevi Kohonen pada tahun 1990 dan dikenali juga sebagai Peta Kohonen. Contoh aplikasi termasuk segmentasi pasaran, analisis genomik dan pemetaan ciri dalam data sensor. Lihat juga pembelajaran tak berselia. Sinonim peta Kohonen. |
| OLAP (online analytical processing) | OLAP (pemprosesan analisis dalam talian) | Teknologi Maklumat | Tiada | Perisian sokongan keputusan yang membenarkan pengguna menganalisis maklumat dengan cepat serta meringkaskannya ke dalam pandangan dan hierarki multidimensi. |