| neighbouring country | negara jiran | Geografi | Tiada | Tiada |
| adjacent neighbouring state | negara jiran bersempadanan | Undang-undang | Tiada | Tiada |
| land locked state | negara tanpa laut | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Negara yang tidak mempunyai pantai atau pinggir laut. Antara negara yang bersifat demikian ialah Afghanistan, Austria, Bhutan, Bolivia, Botswana, Chad, Czechoslovakia, Hungary, Laos, Luxembourg, Nepal, Mali, Switzerland, Uganda, Zambia dan Zimbabwe. Semasa Konvensyen Undang-Undang Laut (1982), usaha telah dilakukan untuk memberikan beberapa hak maritim kepada negara tanpa pantai termasuklah yang berkaitan dengan sumber dasar laut. Hak maritim ini termaktub dalam doktrin warisan sejagat. Negara tanpa pantai biasanya mudah terdedah dengan teknik perang ekonomi yang dilancarkan oleh negara jiran yang mempunyai pantai disebabkan kedudukan geografinya. Keadaan ini disebabkan negara jiran berupaya mengawal atau menyekat sebarang barangan atau perkhidmatan yang melalui pelabuhannya daripada sampai ke negara tanpa pantai tersebut. |
| operational strategy | strategi operasi | Pengurusan | Perancangan | Rancangan tindakan yang merangkumi aspek pengoperasian organisasi seperti pengagihan dan penggunaan sumber dalam menghasilkan produk atau perkhidmatan. Pelaksanaan strategi operasi penting dalam mendukung dan merealisasikan strategi korporat organisasi Contohnya, strategi yang perlu diambil oleh agensi-agensi pelancongan apabila membuat perancangan perbelanjaan berikutan kurangnya bilangan pelancong ekoran gempa bumi di negara jiran. Lihat juga strategi korporat, keputusan operasi. |
| Arab-Israeli War | Perang Arab-Israel | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Siri peperangan antara negara Arab dengan Israel yang bermula sejak penubuhan negara Israel oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1948. Tiga peperangan yang utama berlaku pada tahun 1956, 1967 dan 1973. Selain itu, Israel juga telah campur tangan dalam perang saudara di Lubnan pada tahun 1982. Sehingga kini, situasi peperangan masih berterusan dalam bentuk serangan gerila oleh kumpulan pejuang Palestin seperti Hamas terhadap pencerobohan haram Israel. Pada pihak lain pula, rejim Yahudi terus mempertingkatkan tindakan ganasnya terhadap penduduk Arab Palestin, dan enggan membebaskan wilayah negara jiran Arab yang dicerobohinya. Perang pada tahun 1956 berlaku apabila pihak tentera Israel menceroboh Mesir dan menawan Semenanjung Sinai dan Tebing Gaza. Perang ini berlaku akibat muslihat Britain dan Perancis yang cuba mengenakan tekanan terhadap Presiden Mesir Gamal Abdul Nasser yang memiliknegarakan Terusan Suez. Walau bagaimanapun, Israel berundur dari wilayah yang ditakluk pada tahun 1957. Pada tahun |
| Arab-Israeli conflict | konflik Arab-Israel | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Konflik yang berpanjangan sehingga kini antara Arab dengan Israel. Konflik ini melibatkan pelbagai dimensi seperti dimensi politik, wilayah, dan agama. Menurut sejarah, Palestin merupakan wilayah dalam Empayar Uthmaniyah sehingga akhir perang Dunia Pertama apabila Liga Bangsa- Bangsa Bersatu memberi mandat kepada British untuk mengurus tadbir Palestin. Di bawah urus tadbir British dan deklarasi Balfour (1917), migrasi orang Yahudi ke Palestin meningkat secara mendadak. Hubungan penduduk Arab Palestin dan Yahudi yang sedia berkonflik ini bertambah tegang dengan kebanjiran pendatang Yahudi. Konflik ini terus memuncak dengan kemunculan gerakan zionisme yang mendapat sokongan kuat Amerika Syarikat. Konflik ini menjadi isu utama dalam perhubungan antarabangsa apabila pihak Arab Palestin mendapat sokongan negara jiran Arab dan Liga Arab serta simpati daripada Rusia. Pada tahun 1947, Suruhanjaya Khas PBB berkaitan Palestin telah mencadangkan pembahagian wilayah Palestin. Pada tahun 1948, pembahagian de facto Palesti |
| short term planning | perancangan jangka pendek | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Perencanaan yang dilaksanakan untuk mencapai objektif jangka pendek tetapi kemas dan menyeluruh dari segi pelaksanaannya. Biasanya perancangan ini melibatkan tempoh masa yang tidak melebihi tiga tahun. Bentuk perancangan ini tidak memerlukan pemantauan yang rapi kerana akan melibatkan kos dan guna tenaga yang banyak. Misalnya projek penyelidikan organisasi untuk mengetahui punca masalah terhadap sesuatu isu semasa seperti jerebu yang mencemar alam sekitar negara yang disebabkan oleh kebakaran dari negara jiran. |
| beggar-thy-neighbour policy | dasar memapakan jiran | Ekonomi | Tiada | Program bertujuan meningkatkan aktiviti ekonomi dalam negeri dengan mengenakan kuota atau tarif untuk menyekat import sehingga boleh menjejaskan sektor eksport negara lain. Negara yang menghadapi masalah pengangguran boleh menyekat import untuk meningkatkan permintaan terhadap keluaran dalam negeri dan seterusnya menambah peluang pekerjaan. Kesan tindakan tersebut ialah seolah-olah negara itu mengeksport pengangguran ke negara lain. Dasar ini sering diikuti oleh tindakan ketimbalbalikan oleh negara lain. |