Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : negara yg se­dang giat meningkatkan taraf hidup, eko­nomi, dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : negara yg sedang giat berusaha meningkatkan taraf hidup, ekonomi dsb (spt Malaysia). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
negara (kata nama)
Bersinonim dengan negeri, wilayah, provinsi, tanah air, tanah tumpah darah, benua, nusa, pura, zamin, bilad, balad, kawasan, zon, daerah, jajahan, taklukan empayar.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
developing countrynegara membangunPentadbiranTiadaKelompok negara yang berada pada tahap pembangunan sederhana atau mundur dalam bidang sains dan teknologi, ekonomi, sosial dan politik. Kebanyakan negara ini mencapai kemerdekaan selepas Perang Dunia Kedua. Negara membangun masih bergantung kepada bantuan negara maju atau organisasi antarabangsa, dan sumber pendapatan negara lebih tertumpu kepada sumber alam. Sistem politiknya belum mencapai tahap kematangan dan tidak mengamalkan persaingan yang bebas seperti negara maju. Sistem pentadbiran di negara membangun juga masih dalam proses pemantapan dengan pelbagai percubaan diaplikasi dalam usaha meningkatkan kecekapan. Kebanyakan negara membangun terdapat di Asia, Afrika dan Latin Amerika seperti Filipina, Rwanda, Mesir dan Chile.
thatchatap jeramiKesenianSeni BinaAtap yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan yang dikeringkan seperti batang padi dan rumput. Atap jerami banyak digunakan di negara-negara membangun kerana menggunakan tumbuh-tumbuhan tempatan dan kos yang lebih murah. Di negara-negara maju, penggunaan atap jerami lebih merupakan suatu keinginan dalam kalangan orang kaya yang ingin melihat kediamannya seperti sebuah desa atau mewujudkan rumah yang mesra ekologi.
International Fund for Agricultural Development (IFAD)Tabung Pembangunan Pertanian Antarabangsa (IFAD)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaAgensi khusus PBB yang ditubuhkan pada tahun 1977 untuk membiayai projek pembangunan pertanian bagi menghasilkan makanan di negara-negara membangun. IFAD mempunyai misi untuk menghapuskan kemiskinan luar bandar dengan meningkatkan capaian masyarakat miskin kepada perkhidmatan kewangan, pasaran, teknologi, tanah dan sumber alam lain.
developing countrynegara membangunGeografiTiadaTiada
developing nationnegara membangunKependudukanTiadaTiada
developing nationnegara membangunUndang-undangTiadaTiada
enclave economyekonomi kantunganEkonomiTiadaKawasan ekonomi di negara membangun yang dicirikan oleh kewujudan bersama satu kawasan yang maju dari segi ekonomi dengan kawasan lain yang lebih besar di sekitarnya yang kurang mengalami sebarang pembangunan. Dalam ekonomi tersebut wujud dualisme. Lihat juga dualisme.
fair tradeperdagangan saksamaAlam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)Tadbir UrusAmalan membeli barangan daripada pengeluar negara membangun dengan harga yang adil bagi memastikan pekerja mereka mempunyai persekitaran kerja yang baik dan upah yang saksama.
Loss and Damage FundDana Kerugian dan KerosakanAlam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)Tadbir UrusSumber kewangan baharu yang ditubuhkan untuk membantu negara membangun yang terdedah kepada kerugian dan kerosakan disebabkan oleh kesan buruk perubahan iklim.
green revolutionrevolusi hijauKejuruteraanTiadaKempen yang dilancarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran makanan hasil daripada biak baka terpilih, penambahan penggunaan baja, herbisid dan pestisid di negara membangun pada awal tahun 60-an.
12345

Kembali ke atas