| الحربى | kafir harbi | Agama Islam | Fiqh | Orang bukan Islam yang sentiasa memusuhi Islam dan mereka ini wajib diperangi. |
| jizyah | cukai kepala/jizyah | Perniagaan Islam | Tiada | Cukai yang dikenakan kepada orang bukan Islam di negara Islam sebagai jaminan keselamatan. Cukai ini dikenakan selagi individu tersebut tidak memeluk agama Islam. Kadar cukai dikenakan mengikut kemampuan mereka atau berdasarkan budi bicara kerajaan. Pembayar jizyah mempunyai hak yang sama dengan penduduk beragama Islam. Sinonim kharaj jizyah. |
| asset | aset | Ekonomi | Ekonomi Islam | Benda halal dan bernilai yang dimiliki serta boleh dipindah milik oleh individu, firma dan ejen lain dalam ekonomi. Aset terbahagi kepada dua jenis, iaitu aset benar seperti rumah, tanah dan bangunan, dan aset kewangan seperti wang dan sukuk. Benda yang diharamkan oleh syariah seperti arak, bangkai dan wang riba tidak dianggap aset dalam Islam tetapi masih dianggap sebagai aset bagi orang bukan Islam. |
| mufawadah sharing | perkongsian mufawadah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akad perkongsian yang mensyaratkan persamaan dalam sumbangan modal, pembahagian keuntungan, tanggungjawab dan status pihak yang berkongsi. Setiap rakan kongsi menjadi penjamin dan wakil kepada rakan kongsi yang lain dalam hal perniagaan. Hal ini bermakna, urusan perniagaan yang dilakukan oleh salah seorang rakan kongsi dipersetujui oleh rakan kongsi yang lain. Oleh sebab syarat persamaan merangkumi persamaan agama, perkongsian mufawadah tidak sah antara orang Islam dengan yang bukan Islam. Sinonim syarikah mufawadah. |
| pawn item owner | pemilik barang gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Individu yang memiliki barang gadaian. Pemilik barang gadaian mungkin terdiri daripada orang yang berhutang atau orang lain yang mengizinkan barangnya digunakan sebagai cagaran. Pemilik barang gadaian mesti mengemukakan dokumen pemilikannya seperti surat belian barang kepada pegadai. Sekiranya penggadai bukan pemilik barang gadaian, penggadai dikehendaki mengemukakan surat akuan berkanun yang ditandatangani oleh pesuruhjaya sumpah. |
| waqf acceptor | mauquf ''alaih | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pihak yang diberi hak untuk menerima manfaat daripada sesuatu harta wakaf. Penerima wakaf boleh terdiri daripada ahli keluarga untuk wakaf zurri atau bukan ahli keluarga wakif untuk wakaf khairi. Penerima wakaf bukan ahli keluarga boleh terdiri daripada golongan khusus seperti anak yatim, fakir dan miskin atau golongan umum seperti orang awam. Anak yatim dianggap golongan khusus untuk menggunakan harta wakaf di pusat penjagaan mereka, manakala orang awam dianggap golongan umum semasa menggunakan masjid yang diwakafkan. Penerima wakaf boleh juga terdiri daripada kafir zimmi tetapi bukan dengan tujuan yang tidak dibenarkan oleh syarak. Terdapat beberapa golongan yang tidak layak menjadi penerima wakaf seperti bayi yang belum lahir, orang yang dijangka akan meninggal dunia dalam masa yang terdekat atas sebab-sebab tertentu dan institusi yang akan memberhentikan operasinya. Sinonim penerima wakaf. |
| التلقين | talqīn Ḥadīth | Agama Islam | Hadith | Pembacaan Ḥadīth kepada guru yang bukan riwayatnya lalu diterimanya kerana dia tidak dapat membezakan antara Ḥadīth riwayatnya dengan Ḥadīth yang diriwayatkan oleh orang lain. |
| tasarruf | tasaruf/pengurusan | Perniagaan Islam | Tiada | Tindakan pengelolaan perniagaan mengikut kemahuan individu tanpa sekatan atau syarat. Tasarruf boleh berbentuk perkataan atau perbuatan. Tasarruf perkataan terbahagi kepada dua jenis, iaitu akad dan bukan akad. Contohnya, urusan jual beli, gadaian, pajakan, hibah, wasiat atau wakaf. Manakala contoh tasarruf bukan berbentuk akad adalah tuntutan mahkamah, pengakuan, ingkar atau sumpah menafikan tuntutan. Tasarruf perbuatan merangkumi tindakan seperti mengumpul, merampas dan merosakkan harta orang atau menyerahkan produk jualan. |
| benevolent loan | qard al-hasan | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pinjaman kebajikan, iaitu peminjam hanya perlu membayar semula jumlah wang yang dipinjamkan sahaja tanpa bayaran tambahan. Walau bagaimanapun, peminjam boleh memberi hadiah atau hibah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada pemberi pinjaman. Jumlah pinjaman yang diberikan biasanya kecil. Tujuan pemberi pinjam memberikan pinjaman ini bukan untuk menjana keuntungan tetapi untuk membuat kebajikan. Contohnya, pinjaman kebajikan yang diberikan institusi kewangan kepada orang miskin untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Sinonim pinjaman ihsan. |
| shi�r ?l-f?khr | shi�r ?l-f?khr | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Arab yang bertemakan kebanggaan. Puisi ini menjadi nadi kesusasteraan Arab klasik. Menurut sebahagian pengkritik sastera, tema puisi ini merentasi tema yang lain seperti shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?�. Shi�r ?l-f?khr berbeza dengan shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?�. Melalui Shi�r ?l-f?khr, seseorang penyair merakamkan kelebihan peribadi dan komuniti masyarakat yang diwakilinya dengan penuh kebanggaan, sedangkan shi�r ?l-m?d? dan shi�r ?l-hij?� merupakan tradisi penyair yang mencari habuan dengan menyanjung individu tertentu dan mencela orang lain. Pada zaman ini, menjadi fitrah atau tabii bagi kabilah Arab mengangkat kedudukan kabilah masing-masing. Contohnya ialah kebanggaan Hatim al-Ta�i, seorang sasterawan Jahiliah terhadap kemuliaan peribadi dan sikap pemurahnya sendiri. Pada zaman Islam dan seterusnya, kebanyakan penyair Islam dan al-muwalladun (penyair bukan Arab yang dilahirkan di rantau Arab) telah menghasilkan shi�r ?l-f?khr yang dibuat-buat, tidak seperti pada zaman |