Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
zaman (kata nama)
1. Bersinonim dengan jangka masa: tempoh masa, era,

2. Bersinonim dengan kala: ketika, waktu, masa,

Kata Terbitan : berzaman-zaman, berzaman, zaman-berzaman,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
holland (material)holland (kain)Pentadbiran PerniagaanTiadaLinen untuk baju kemeja pada zaman dahulu buatan Netherlands.
court dramadrama istanaKesusasteraanTiadaBentuk hiburan yang dipersembahkan di istana raja pada zaman dahulu khusus untuk tontonan kalangan istana dan kaum bangsawan.
pikemenaskar tombakSejarahTiadaPasukan tentera yang bersenjatakan tombak sebagai alat mempertahankan diri, digunakan pada zaman dahulu.
ancient societymasyarakat kunoSosiologiTiadaMasyarakat yang hidup pada zaman dahulu kala atau zaman purba kala.
fibrinfibrinSains ForensikTiadaProtein darah tak terlarutkan yang ditemui semasa penggumpalan darah. Fibrin membantu menghentikan pendarahan melalui pembekuan darah. Pada zaman dahulu, pengecaman kesan tompokan darah dilakukan melalui pemeriksaan mikroskop dengan mengesan kehadiran sel darah merah dan sel darah putih bersama-sama dengan bebenang fibrin.
gnomongnomon/paku bayangMatematikTiadaPeranti yang digunakan pada zaman dahulu untuk mengukur altitud matahari bagi menentukan waktu pada satu-satu hari dan satu-satu tahun. Peranti ini terdiri daripada sebatang tiang tegak yang tingginya diketahui dan dasarnya bersenggat. Nisbah tinggi tiang dengan panjang dapat mengukur tangen sudut altitud.
hand driven instrumentalat pacuan tanganPergigianTiadaAlat yang dipacu menggunakan tangan bagi memutar motor yang disambungkan kepada hanpis pergigian untuk menggerudi gigi. Alat ini tidak menggunakan kuasa elektrik dan digunakan pada zaman dahulu. Alat ini tidak digunakan lagi kerana telah digantikan dengan alat bermotor elektrik dan biasanya digunakan dalam makmal.
foot driven engineenjin pacuan kakiPergigianTiadaAlat pergigian yang dipacu menggunakan pergerakan kaki untuk memutar motor yang disambungkan kepada hanpis pergigian bagi menggerudi gigi. Alat ini tidak menggunakan kuasa elektrik dan digunakan pada zaman dahulu. Alat ini tidak digunakan lagi kerana telah digantikan dengan alat bermotor elektrik. Lihat gambar.
rhesus factorfaktor resusSains ForensikTiadaAntigen yang terdapat pada permukaan sel darah manusia. Individu yang mempunyai antigen ini di dalam darahnya dikategorikan sebagai Rh-positif. Sebaliknya, individu yang tidak mempunyai antigen ini dikategorikan sebagai Rh-negatif. Faktor Rh digunakan bersama-sama dengan kumpulan darah ABO dalam pengujian serologi pada zaman dahulu sebelum adanya teknologi pemprofilan DNA.
edge runnerpelari tepiKejuruteraanKejuruteraan MekanikPengisar atau penghancur jenis putaran yang dilengkapi penggelek tegak. Penggelek ini berputar di dalam bekas rata berpermukaan bulat yang diperbuat daripada batu atau besi. Bahan yang hendak dikisar atau dihancurkan diletakkan di dalam ruang longkang atau alur bekas bulat. Pengisar ini digunakan untuk menghancurkan bijih dan sebarang bahan keras. Pelari tepi dikenali juga sebagai mesin atau pengisar Chile kerana sering ditemui di Amerika Selatan pada zaman dahulu.
123

Kembali ke atas