Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simpanan sejumlah besar data dlm bentuk yg dapat dikendalikan oleh komputer; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ist himpunan data yg disimpan dlm jumlah yg besar di dlm komputer, yg dpt dicapai dan digunakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pangkal (kata nama)
1. Dalam konteks bahagian permulaan
bersinonim dengan perdu, umbi hulu, tangkai, gagang, popor,
Berantonim dengan hujung

2. Bersinonim dengan mula: punca, sebab, penyebab, fasal, asal, usul, sumber, perdu,

Kata Terbitan : berpangkal, pangkalan, berpangkalan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
distributed data basepangkalan data teragihTeknologi MaklumatTiada1. Sistem pangkalan data yang terdiri daripada pangkalan-pangkalan data kecil di tempat berasingan yang dihubungkan melalui rangkaian komputer.
distributed databasepangkalan data teragihTeknologi MaklumatPerisianPangkalan data yang dikawal oleh sistem pengurusan pangkalan data pusat (DBMS) yang terdiri daripada peranti storan yang tidak dihubungkan terus kepada CPU yang sama. Pangkalan data ini diletakkan dalam beberapa komputer sama ada di lokasi yang sama atau lokasi yang jauh yang dihubungkan dalam satu rangkaian komputer. Hal ini bererti pengambilan dan pengumpulan data boleh diagihkan merentasi beberapa lokasi fizikal. Satu pangkalan data teragih diagihkan kepada beberapa bahagian. Setiap bahagian pangkalan data ini boleh disalin menjadi pangkalan data yang baharu dengan data yang sama. Reka bentuk pangkalan data teragih ini menggunakan beberapa teknologi seperti teknologi autonomi tempatan, teknologi sinkroni dan asinkroni.
database schemaskema pangkalan dataTeknologi MaklumatPerisianStruktur yang dihuraikan dalam bahasa formal dan disokong oleh sistem pengurusan pangkalan data (DBMS). Dalam pangkalan data hubungan, skema ini menakrifkan jadual, medan dalam setiap jadual, dan saling hubungan antara medan dan jadual. Skema pangkalan data biasanya disimpan dalam kamus data. Walaupun skema ditakrifkan dalam teks bahasa pangkalan data, istilah ini juga digunakan untuk merujuk gambaran bergrafik struktur pangkalan data.
IDM (intelligent database machine)IDM (mesin pangkalan data cerdas)Teknologi MaklumatTiadaMesin pangkalan data pertama yang memperkenalkan konsep kecerdasan dalam pangkalan data.
DBD (database description)DBD (perihalan pangkalan data)Teknologi MaklumatTiadaPenakrifan data setiap pangkalan data fizikal yang ditulis dalam bahasa DL/1 bagi pangkalan data sistem maklumat.
relational databasepangkalan data hubunganTeknologi MaklumatPerisianPangkalan data yang mengumpul data dengan menggunakan atribut sepunya yang didapati dalam set data. Susunan data yang teratur dalam pangkalan data memudahkan pengguna memahami keputusan yang dihasilkan. Contohnya, set data yang mengandungi kesemua transaksi hartanah suatu bandar boleh dikumpulkan mengikut tahun transaksi berlaku, harga jualan transaksi atau berdasarkan nama pembeli.
database securitykeselamatan pangkalan dataTeknologi MaklumatPerisianAspek keselamatan yang meliputi sistem, proses dan prosedur bagi melindungi satu pangkalan data daripada aktiviti yang tidak diingini. Aspek ini selalunya dikuatkuasakan melalui kawalan capaian, pengauditan dan penyulitan. Kawalan capaian memastikan hanya pengguna yang berdaftar boleh mencapai dan mengubah kandungan pangkalan data tersebut. Pengauditan pula mengesan sebarang tindakan atau perubahan yang mencurigakan yang telah dilakukan oleh seseorang pada masa tertentu. Penyulitan pula merupakan mekanisme yang memelihara kerahsiaan data yang dilindungi pada pangkalan data.
decision support systemsistem sokongan keputusanPengurusanPerancanganSuatu sistem aplikasi dan interaktif, berasaskan komputer yang menggunakan model-model pembuatan keputusan dan pangkalan-pangkalan data yang khusus untuk menyokong pembuat keputusan sesebuah organisasi. Contohnya, sistem perolehan bekalan oleh pasar raya yang perlu membuat penilaian dan memilih pembekal.
data base transactiontransaksi pangkalan dataTeknologi MaklumatTiadaProses interaksi atau aktiviti yang dibuat dengan sistem pengurusan pangkalan data atau sistem seumpamanya. Transaksi ini adalah yang koheren dan boleh dipercayai serta bebas daripada transaksi lain. Contohnya maklumat pengeluaran wang pada mesin juruwang automatik akan direkodkan dalam sistem pengurusan pangkalan data MEPS.
bibliographic data basepangkalan data bibliografiPendidikanTiadaPangkalan data yang mengandungi maklumat berkaitan dengan dokumen, kadangkala termasuk abstraknya.
12345678910...

Kembali ke atas