| battered women syndrome | sindrom wanita teraniaya | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Satu keadaan psikologikal yang biasanya dialami oleh wanita yang menjadi mangsa penderaan oleh pasangannya sendiri. Antara kesan psikologikal yang serius ialah mangsa melakukan tindak balas kekerasan terhadap pasangannya. |
| nonhomologous chromosome | kromosom tak homolog | Biologi | Genetik | Kromosom yang bukan pasangannya. |
| pair production | pengeluaran pasangan | Fizik | Atom dan Nuklear | Penghasilan zarah dan antizarah pasangannya daripada foton tenaga tinggi. Contohnya, penukaran satu foton kepada satu elektron dan satu positron apabila melintasi medan elektrik kuat, seperti di sekitar suatu nukleus atau elektron. |
| dominant | dominan | Biologi | Genetik | Sifat alel yang menunjukkan fenotip dan menindas pengekspresian alel pasangannya. |
| slidinng velocity | halaju gelangsar | Mekanik | Gunaan | (bagi gear) Halaju gigi gear nisbi terhadap gigi pasangannya di sepanjang tangen sepunya pada titik sentuh. halaju gelangsar maksimum berlaku pada titik sentuh yang pertama dan terakhir. |
| blind pit | pit tunggal | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Pit yang tidak mempunyai pasangannya dengan sel yang bersebelahan. Pit jenis ini terjadi pada sel-sel yang bersempadan dengan rongga antara sel. |
| sadism | sadisme | Perubatan | Tiada | 1. Kelainan psikoseksual yang menggambarkan pelakuan ganas seseorang yang mendapat kepuasan seks dengan menyeksa pasangannya. 2. Sebarang bentuk kezaliman yang dilakukan ke atas seseorang yang memberikan kepuasan kepada orang yang melakukan kezaliman tersebut. |
| battered women | wanita teraniaya | Kejururawatan | Tiada | Wanita yang didera berpanjangan dari segi fizikal atau emosi atau kedua-duanya oleh pasangannya. |
| contact binary | bintang dedua sentuh | Matematik | Tiada | Pasangan bintang yang berkongsi gas apabila gas mengalir dari satu bintang ke bintang pasangannya hingga mengubah evolusi masing-masing. |
| house husband | sura rumah | Umum | Tiada | Lelaki yang tinggal di rumah untuk menguruskan kerja-kerja rumah, menjaga anak-anak dan sebagainya, sementara pasangannya keluar bekerja. |