| assisted labour | pelahiran berbantu | Kejururawatan | Tiada | Pelahiran bayi yang menggunakan alat seperti forseps dan vakum untuk memudahkan bayi dikeluarkan. |
| postterm labour | pelahiran pascatempoh | Kejururawatan | Tiada | Pelahiran bayi selepas 40 minggu dalam kandungan. |
| premature labour | pelahiran pramatang | Kejururawatan | Tiada | Pelahiran bayi selepas 22 minggu hingga sebelum 37 minggu dalam kandungan. |
| true labour | pelahiran sebenar | Kejururawatan | Tiada | Keadaan pelahiran bercirikan kontraksi uterus yang tetap dan sakit, pengeluaran tanda dan permulaan dilatasi serviks, yang menentukan ibu akan mengalami proses kelahiran. |
| labour onset | permulaan pelahiran | Kejururawatan | Tiada | Peringkat awal pelahiran yang dicirikan dengan tempoh kontraksi uterus yang tetap dan sakit, pengeluaran mukus dan darah dari vagina serta dilatasi serviks. |
| second stage labour | pelahiran peringkat kedua | Kejururawatan | Tiada | Tempoh dari dilatasi serviks sepenuhnya sehingga pelahiran fetus. |
| active management of labour | pengurusan aktif pelahiran | Kejururawatan | Tiada | Protokol perubatan yang memendekkan proses pelahiran dengan meningkatkan kontraksi dan pemantauan yang rapi. Contohnya, amniotomi awal atau memberi ubat pitosin. |
| prolonged first stage of labour | peringkat pertama pelahiran berpanjangan | Kejururawatan | Tiada | Peringkat pertama pelahiran yang melebihi tempoh normal, iaitu melebihi 9 jam bagi primigravida. |
| prolonged second stage of labour | peringkat kedua pelahiran berpanjangan | Kejururawatan | Tiada | Peringkat kedua pelahiran yang melebihi tempoh normal, iaitu melebihi 1 jam bagi primigravida. |
| prolonged third stage of labour | peringkat ketiga pelahiran berpanjangan | Kejururawatan | Tiada | Peringkat ketiga pelahiran yang melebihi tempoh normal, iaitu melebihi 1/2 jam bagi primigravida. |