| idle port | liang pelahu | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Bukaan ke dalam ruang pendikit karburetor yang digunakan oleh sistem pelahu untuk mengalirkan bahan api ke luar. Bukaan liang ini dikawal oleh skru campuran melahu. |
| idle solenoid | solenoid pelahu | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Pelocok yang beroperasi secara elektrik atau berelektromag- net, yang digunakan untuk melaraskan injap pendikit yang ditentukan semasa operasi melahu. Alat ini beroperasi dengan cara melaras bukaan injap pendikit yang sesuai untuk kelajuan melahu tertentu dan menutup bukaan tersebut apabila enjin dimatikan. |
| idle system | sistem pelahu | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Laluan dalam karburetor yang digunakan untuk menyuap bahan api apabila enjin berkeadaan melahu. Dalam keadaan ini, injap pendikit berada dalam keadaan tertutup sepenuhnya. |
| hot-idle compensator | pemampas pelahu panas | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Injap dalam karburetor yang sensitif dengan suhu dan terbuka apabila suhu udara masukan mencapai lebih daripada aras tertentu. Proses ini hanya berlaku semasa enjin melahu dan menyebabkan lebih banyak udara tambahan dibenarkan memasuki pancarongga pengambilan melalui laluan udara tambahan. Keadaan ini bertujuan mengelakkan nisbah udara-bahan api daripada menjadi melampau. Sinonim pemampas melahu. |
| idle compensator | pemampas melahu | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Lihat pemampas pelahu panas. |