Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.man.tau] | ڤمنتاو

Definisi : 1. orang atau pihak yg memantau: pasukan ~ yg ditubuhkan itu perlu diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri; 2. alat utk memantau: sistem ini juga menyokong peralatan lain termasuk ~ jantung wayarles. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.man.tau] | ڤمنتاو

Definisi : 1 orang atau pihak yg memantau: Pasukan ~ sedang sibuk menjalankan tugas mereka. 2 alat yg digunakan utk memantau: Mesin itu merupakan ~ degupan jantung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemantau


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pressure groupskumpulan pendesakUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKumpulan yang cuba untuk mempengaruhi pihak pembuat dan pemantau undang-undang antarabangsa supaya kepentingan mereka diambil kira oleh negara. Antara perkara yang diperjuangkan oleh kumpulan pendesak ialah kepentingan golongan minoriti, hak wanita, pekerja, kanakkanak dan alam sekitar.
low intensity interval training (LIIT)latihan berjeda keamatan rendah (LIIT)SukanTiadaSenaman berdasarkan kadar denyutan jantung dan pemantau kadar denyutan jantung digunakan untuk merekodkan senaman ini. Contohnya, seperti berjoging.
crop scoutingpemantauan tanamanPertanianAgroteknologiSatu langkah untuk mendapatkan maklumat mengenai kehadiran perosak atau penyakit dalam satu ladang yang luas. Ia merupakan salah satu keperluan dalam sistem pengawalan perosak bersepadu. Pemantau akan membuat tinjauan secara berkala dan sistematik bagi merekodkan kehadiran perosak seperti serangga dan tanda-tanda kerosakan tanaman yang disebabkan oleh perosak berkenaan. Sekiranya bilangan perosak itu rendah dan tidak mungkin mengancam tanaman secara serius sehingga menjejaskan hasil, tidak ada langkah kawalan disyorkan. Sebaliknya, jika bilangan perosak mencecah tahap kritikal yang telah ditentukan, maka langkah kawalan seperti semburan racun serangga akan disyorkan. Kaedah seperti ini akan menentukan racun serangga digunakan secara minimum dan digunakan apabila diperlukan sahaja.
Amnesty InternationalAmnesti AntarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang beribu pejabat di London dalam memperjuangkan isu hak asasi manusia sejagat. Pertubuhan ini mempunyai tiga matlamat dasarnya. Pertama, pembebasan kesemua tahanan politik; kedua, penghapusan semua bentuk penyeksaan termasuk hukuman bunuh; dan ketiga, hak pembicaraan yang adil kepada semua tahanan politik. Pertubuhan ini merupakan badan pemantau hak asasi manusia dan pengaruhnya tertakluk kepada keprihatinan masyarakat awam dalam sesebuah negara. Kini, keanggotaannya melebihi satu juta orang meliputi seluruh negara di dunia. Pertubuhan ini ditadbir oleh sembilan anggota jawatankuasa eksekutif dan seorang setiausaha agung. Mereka berperanan melaksanakan keputusan dasar dan mengetuai urus setia organisasi. Pada tahun 1978, pertubuhan ini telah menerima anugerah hak asasi manusia PBB. Pertubuhan ini juga telah mendapat pengiktirafan rasmi daripada Kesatuan Eropah (EU), Majlis Eropah, Amerika Syarikat dan Pertubuhan Kesatuan Negara-Negara Afrika (OAU). Amnesti Antarab

Kembali ke atas