| dime novel | novel picisan | Kesusasteraan | Tiada | Novel yang kandungannya berkisar tentang kisah cinta, peperangan, pengembaraan dan keganasan yang disampaikan secara sensasi dan melodramatik. Novel ini tidak serius, membicarakan persoalan ringan, biasanya dijilid dengan kulit lembut dan harganya murah. Novel ini sering mendapat sambutan daripada peminatnya, terutamanya daripada golongan remaja. Lihat juga cerita picisan. |
| heavy metal rock | rock heavy metal | Muzik | Tiada | Rock yang menggabungkan alat muzik dram dan gitar bes elektrik yang dimainkan dengan kuat. Penyanyinya pula menggunakan suara vokal yang tegang. Kumpulan heavy metal dan peminatnya merupakan satu subbudaya yang menonjolkan gaya hidup, pakaian, rambut dan bahasa tersendiri. Contoh kumpulan yang memainkan muzik heavy metal di Malaysia ialah Search, Lefthanded, Bumiputra Rockers dan Wings. |