| check signer machine | mesin penanda tangan cek | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
| ching | ching | Muzik | Tiada | Alat muzik traditional yang diklasifikasikan scbagai idiofon yang dipukul serentak. Ching ialah simbal kecil yang dimainkan dengan kedua-dua belah tangan dan berfungsi sebagai alat penanda masa. Ching dimainkan dalam ensembel muzik mahori dan pi phat di Thailand. |
| kemanak | kemanak | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Alat muzik ini berbentuk gulungan dan diperbuat daripada gangsa atau tembaga. Kemanak dipegang dengan sebelah tangan oleh pemain, sementara tangan yang sebelah lagi digunakan untuk memukul alat muzik ini dengan pemukul yang berbalut. Kemanak yang berasal dari Pulau Jawa berfungsi sebagai penanda masa dalam muzik gamelan di Indonesia. |
| kesi | kesi | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul serentak. Kesi diperbuat daripada gangsa atau tembaga dan terdapat di seluruh Asia Tenggara. Alat muzik ini berbentuk sepasang simbal kecil yang dipegang dengan tapak tangan pemain dan dipukul serentak. Kesi berfungsi sebagai alat penanda masa dalam ensembel wayang kulit Kelantan di Malaysia. Di Pulau Bali, Indonesia, kesi dikenali sebagai cengceng. Manakala di Thailand, saiz kesi yang sangat kecil dinamai ching. |