| batch fermentation | penapaian kelompok | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Kaedah untuk menghasilkan bahan biofarmaseutik berskala industri. Penapaian kelompok menggunakan medium pertumbuhan steril yang diinokulasi dengan mikroorganisma tanpa menambah nutrien sehingga hasil penapaian dituai. Banding penapaian selanjar. |
| rumen fermentation | penapaian rumen | Veterinar | Praklinikal | Pencernaan dalam rumen oleh mikrob seperti bakteria dan protozoa yang menghasilkan enzim; selulase untuk mencerna selulos. Penapaian rumen berlaku dalam persekitaran anaerobik. Contohnya; penapaian karbohidrat dalam makanan ruminan. Hasil daripada penapaian karbohidrat ini ialah asid lemak ruap. |
| fed-batch fermentation | penapaian bersuap | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Kaedah penapaian kelompok yang diubah suai dengan menambah substrat secara terkawal untuk mengoptimumkan kadar pertumbuhan mikroorganisma dan mengelakkan metabolisme berlebihan dalam bioreaktor, contohnya, dalam penghasilan penisilin. Lihat juga penapaian kelompok. |
| continuous fermentation | penapaian selanjar | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | penapaian selanjar; Id. fermentasi sinambung) Kaedah untuk menghasilkan bahan biofarmaseutik berskala industri dengan menggunakan medium pertumbuhan steril yang diinokulasi dengan mikroorganisma. Kultur dikekalkan pada fasa pertumbuhan eksponen dengan menambah medium baharu secara berterusan bagi menggantikan ampaian sel yang dituai keluar daripada bioreaktor. Banding penapaian kelompok. |
| sludge digestion | pencernaan enap cemar | Kejuruteraan | Tiada | Penguraian enap cemar anaerob yang biasanya terbahagi kepada dua peringkat, iaitu peringkat penapaian asid dan penapaian metana. |
| butyric fermentation | penapaian butirik | Kimia | Tiada | Penapaian gula dan kanji melalui fermen pembelahan, seperti Bacillus butylicus yang mengakibatkan pembentukan asid butirik. |
| stormy fermentation | penapaian ribut | Biologi | Mikrobiologi | Penapaian proteolipid susu oleh mikroorganisma yang menghasilkan banyak buih dan gelombang angin. |
| precision fermentation | penapaian jitu | STEM | Tiada | Penapaian terkawal yang digunakan untuk menghasilkan bahan makanan tertentu. Proses ini melibatkan penggunaan mikroorganisma yang biasanya direka bentuk secara genetik untuk menapai substrat dan menghasilkan sebatian yang dikehendaki serta boleh digunakan dalam pelbagai aplikasi makanan. |
| aerobic fermentation | penapaian aerobik | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penapaian oleh bakteria atau mikroorganisma yang memerlukan oksigen secara langsung. |
| anaerobic fermentation | penapaian anaerobik | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penapaian oleh bakteria atau mikroorganisma yang mendapatkan bekalan oksigen secara tidak langsung daripada karbohidrat atau sumber karbonnya. |