| sulphur key pollutants | pencemar utama sulfur | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Pencemar udara yang terkandung di dalamnya unsur sulfur. Misalnya, sulfur dioksida (SO2), sulfur trioksida (SO3), hidrogen sulfida (H2S), dan merkaptan (R-SH). Pencemar sulfur dioksida berpunca daripada gas serombong dan ketuhar penjana kuasa, manakala pencemar sulfur trioksida berpunca daripada industri pembuatan asid sulfurik. Pencemar hidrogen sulfida pula berpunca daripada pemprosesan gas asli, industri kertas dan pulpa, dan pembakaran bahan api yang mengandungi unsur sulfur. |
| fluorine key pollutants | pencemar utama fluorin | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Pencemar udara yang terkandung di dalamnya unsur fluorin. Misalnya, hidrogen fluorida (HF) dan silikon fluorida (SiF4). Pencemar hidrogen fluorida berpunca daripada industri baja fosfat dan pemprosesan aluminium, manakala pencemar silikon fluorida berpunca daripada industri seramik dan baja. |
| nitrogen key pollutants | pencemar utama nitrogen | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Pencemar udara yang terkandung di dalamnya unsur nitrogen. Misalnya, ammonia (NH3), nitrogen oksida (NO), dan nitrogen dioksida (NO2). Pencemar nitrogen oksida berpunca daripada pengoksidaan bersuhu tinggi dan industri pembuatan asid nitrik, manakala pencemar nitrogen dioksida berpunca daripada industri pembuatan asid nitrik, proses penitratan, dan pengoksidaan bersuhu tinggi. |
| organic carbon key pollutants | pencemar utama karbon organik | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Pencemar organik yang terkandung di dalamnya unsur karbon. Misalnya, hidrokarbon teroksigen dan perlarut terklorin. Pencemar hidrokarbon teroksigen berpunca daripada proses pengoksidaan separa, proses pemprosesan petroleum, plastik dan etilena oksida, dan proses penurapan permukaan (bahan cat), manakala pencemar pelarut terklorin berpunca daripada operasi pembuangan gris dan pembasuhan kering. |
| chlorine key pollutants | pencemar utama klorin | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Pencemar udara yang terkandung di dalamnya unsur klorin. Misalnya, asid hidroklorik (HC1) dan gas klorin (C12). Pencemar asid hidroklorik berpunca daripada industri pembuatan asid hidroklorik, pembakaran PVC dan pengklorinan bahan organik. |
| inorganic carbon key pollutants | pencemar utama karbon tak organik | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Pencemar tak organik yang terkandung di dalamnya unsur karbon. Misalnya, karbon dioksida (CO2) dan karbon monoksida (CO). Pencemar karbon dioksida berpunca daripada sebarang proses pembakaran yang tidak lengkap. |
| impurity | bahan pencemar | Herba | Tiada | Sebarang bahan selain yang dinyatakan dalam spesifikasi bahan mentah atau sediaan herba. Bahan pencemar terdiri daripada bahan organik, hasil pemprosesan atau bahan fitokimia semula jadi. Bahan ini mungkin tercampur secara sengaja atau tidak. Bahan ini biasanya dikesan melalui analisis mikroskopi dan kromatografi. Kehadiran bahan pencemar lazimnya merendahkan kualiti bahan mentah dan sediaan herba. Contohnya, serbuk akar tongkat ali dicemar dengan serbuk bahagian lain tongkat ali dan bahan pencemar alkali hasil pemprosesan minyak soya. |
| anthropogenik pollutant | bahan pencemar antropogenik | Sains Kesihatan | Tiada | Bahan pencemar yang terhasil akibat aktiviti manusia. Contohnya, proses industri, pembakaran sisa dan sebagainya. |
| toxic pollutant | bahan pencemar toksik | Biologi | Ekologi | Gabungan bahan-bahan pencemar, yang mengakibatkan gangguan kepada manusia. Misalnya, agen pembawa penyakit yang boleh menyebabkan kematian atau malfungsi kepada organisma. |
| polluter-pays principle | prinsip pencemar membayar | Kejuruteraan | Tiada | Prinsip bahawa pencemar menanggung perbelanjaan kerana mencemar alam sekitar. |