Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nga.da.ngan] | ڤڠادڠن

Definisi : 1. tempat utk mengadang; 2. perbuatan mengadang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengadangan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pengadangan (Du.)pengadangan (Du.)KesenianTiadaProses meraut rotan untuk mendapat ukuran bulat rotan dengan menggunakan tin yang telah ditebuk di tengahnya. Rotan dimasukkan ke dalam lubang tin dan kemudian ditarik atau lurut.
blockingpengadanganSainsHidrometeorologiRintangan besar-besaran kepada gerakan lazim barat ke timur siklon dan antisiklon yang berpindah-pindah. Suatu keadaan pengadangan diiringi arus meridian yang nyata di aras atas dan selalunya mengandungi satu atau lebih peredaran antisiklon tertutup di latitud tinggi dan peredaran siklon di latitud rendah (tekanan tinggi terpisah dan tekanan rendah terpisah). Corak peredaran yang luar biasa ini (adangan) pada kebiasaannya agak pegun atau bergerak perlahan ke arah barat dan berlarutan selama seminggu atau lebih.
blocking hightekanan tinggi pengadanganSainsHidrometeorologiTekanan tinggi (atau antisiklon) yang tinggal hampir pegun atau bergerak perlahan-lahan berbanding dengan gerakan barat ke timur di hulu tekanan tersebut. Ini mengakibatkan adangan kepada gerakan siklon berpindah, merintangi latitud tersebut. Suatu tekanan tinggi pengadangan mungkin mengandungi kesan pengaruh skala kecil sahaja.
screening routerpenghala pengadanganTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPenghala yang memisahkan rangkaian yang dipercayai daripada rangkaian yang tidak dipercayai secara penyaringan paket berpandukan dasar keselamatan.
lunar occultationhijab qamariMatematikTiadaPengadangan bulan oleh bumi semasa gerhana.
screened subnetsubrangkaian teradangTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerRangkaian yang tersembunyi di sebalik tembok api yang tidak dapat dicapai secara terus dari luar rangkaiannya kecuali melalui penghala pengadangan atau get laluan hos terhadang.
cut-off hightekanan tinggi terpisahSainsHidrometeorologiTekanan tinggi panas yang teralih keluar dan terletak ke utara arus baratan. Selalunya tekanan tinggi ini juga merupakan tekanan tinggi pengadangan.

Kembali ke atas