| trickster | penipu | Kesusasteraan | Tiada | Watak dalam sesebuah karya yang berfokus kepada penipuan atau watak yang banyak tipu muslihat. Watak penipu biasanya terdapat dalam sastera rakyat. Cerita Sang Kancil ialah contoh cerita penipu yang terkenal dalam budaya Melayu. Dlam cerita ini, watak kecil dan lemah biasanya dapat menipu watak kuat dan besar dengan menggunakan kepintaran akal. |
| scammer | penipu | Kriminologi | Tiada | Orang yang memperdayakan mangsa untuk mengaut keuntungan. |
| fraudulent software | perisian penipu | Teknologi Maklumat | Tiada | Perisian yang membolehkan kecurian berlaku. |
| pengecaman penutur | speaker identification | Kecerdasan Buatan | Persepsi | Proses menganalisis suara penutur menggunakan teknologi biometrik berasaskan AI bagi mengenal pasti atau mengesahkan identiti individu. Teknologi biometrik tersebut mengekstrak ciri vokal unik seperti intonasi, lenggok dan nada suara, kemudian membandingkannya dengan pangkalan data suara yang diketahui untuk mencari padanan yang sepadan. Sebagai contoh, teknik ini digunakan oleh pihak penguatkuasa undang-undang untuk mengenal pasti penipu siber. |
| type | tipa | Kesusasteraan | Tiada | Sejenis cerita tradisional yang mempunyai kewujudan tersendiri seperti tipa cerita panji dan tipa cerita pari. Tema ini muncul dalam semua versi cerita, dan budaya sepanjang zaman. Contohnya, tema percintaan yang terhalang antara Inu dengan Chandera Kirana merupakan tema inti dalam semua tipa cerita panji. Tipa juga merujuk kepada watak kodi, atau stereotaip hitam-putih, yang muncul dalam cerita-cerita rakyat untuk memenuhi sesuatu fungsi yang khusus sahaja. Contohnya, tipa wira, tipa penjarah, tipa nenek kebayan, dan tipa Pak Pandir. Subtipa ialah bentuk serpihan daripada versi asal yang muncul sebagai cerita yang berasingan. Contohnya dalam Syair Ken Tambuhan, Hikayat Andaken Penurat ialah subtipa cerita panji. Cerita kusi dan serawi adalah subtipa daripada cerita ramayana. Oiko-tipa ialah bentuk lokal sesuatu tipa cerita. Oico-type muncul apabila isi cerita diubah untuk disesuaikan dengan budaya tempatan. Con tohnya, Sang Kancil ialah versi oiko-tipa daripada tipa cerita binatang yang cerdik atau penipu. |