Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tulis
Kata Terbitan : bertulis, menulis, tulis-menulis, menuliskan, tertulis, tulisan, penulisan, penulis,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
calligraphykaligrafiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiSeni tulisan tangan yang indah, antaranya terdapat dalam tamadun Islam, Roman, Cina, Jepun dan Korea. Kaligrafi Cina dihasilkan dengan menggunakan berus yang diperbuat daripada bulu haiwan. Kaligrafi Islam dikenali dengan seni khat. Pada zaman tradisi, penulisan kaligrafi Islam menggunakan pena yang mempunyai mata yang lebar dan serong (sama ada kayu atau buluh) dan menggunakan dakwat yang diperbuat daripada kulit buah delima, buah manjakani dan beras. Seni khat Islam terbahagi kepada khat Thuluth, Kufi, Diwani, Nasakh dan al-Riqaah berdasarkan kepada bentuk tulisan. Di Alam Melayu, kaligrafi tradisi dapat dilihat pada surat-surat sultan, kitab-kitab agama dan hikayat Melayu. Batu Bersurat Terengganu (1303 M) dan Batu Bersurat Syeikh Ahmad Majnun (1464 M hingga 1467 M) menggunakan khat Kufi. Sinonim seni khat.
type facejenis hurufKomunikasiKorporatBentuk rupa huruf yang digunakan dalam penulisan iklan, laporan tahunan, risalah, surat berita, kepala surat, siaran berita, poster, majalah dan sebagainya. Dalam bidang rekaan, bentuk rupa huruf ini terdiri daripada dua jenis, iaitu jenis lurus dan ringkas (san serif) dan jenis bercorak (serif). Contoh jenis huruf lurus ialah Arial. Contoh jenis huruf bercorak pula ialah Times New Roman, Helvetica, Courier dan Albertus. Jenis huruf ini berperanan dalam menentukan konsep, jenis kandungan bahan, makna mesej yang ditulis dan tafsiran rekaan yang dicipta. Selain itu, pemilihan jenis huruf juga bergantung pada daya tarikan huruf berkenaan terhadap keseluruhan persembahan rekaan atau tulisan. Dalam aplikasi rekaan loga sesebuah syarikat, pemilihan jenis huruf menggambarkan makna operasi syarikat tersebut. Sekiranya sesebuah syarikat itu terlibat dalam aktiviti perniagaan yang berasaskan pembuatan, biasanya jenis huruf lurus dan ringkas digunakan. Sebaliknya, jika sesebuah syarikat itu menjalankan perniagaan berasa
printing and writing paperkertas percetakan dan penulisanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKertas yang sesuai untuk percetakan, penulisan dan tujuan grafik lain, kecuali kertas surat khabar, dan dibuat daripada beberapa jenis pulpa yang diadun bersama bahan kimia. Kertas ini mungkin tidak bersalut tetapi telah menjalani beberapa proses kemasiapan ringkas ataupun kertas yang bersalut pada satua atau kedua-dua permukaanya dengan menggunakan beberapa bahan kimia seperti barium sulfat, gipsum atau zink oksida. Misalnya, kertas buku dan majalah, kertas komputer dan kertas pendua.
genteelismekesantunanKesusasteraanTiadaSifat bahasa yang halus, berhias, dan terpelihara dalam karya sastera. Di Barat, tradisi kesantunan merujuk kepada sikap mementingkan konvensi dan tatacara yang betul dalam penulisan, yang menjadi lumrah pada kurun ke-18 hingga 19. Kini, kesantunan digunakan untuk menyindir norma kehalusan yang palsu. Dalam budaya Melayu, contoh penulisan kesantunan ditemui dalam warkah emas, iaitu surat yang ditulis kepada atau daripada keluarga bangsawan. Kesantunan boleh juga dirujuk sebagai budaya kebangsawanan yang sering dipaparkan dalam karya istana yang mementingkan kehalusan dan ketertiban dalam tatalaku dan tatacara. Istilah genteelisme dalam bahasa Latin bermaksud �asuhan sempurna�, manakala dalam bahasa Perancis bermaksud �anggun�. Contoh gambaran untuk memerikan tertib bersantap ditemui dalam Hikayat Malim Dewa seperti yang berikut: �... sekali suap, dua kali sudah, ketiga basuh tangan, keempat kumur-kumur, kelima santap sirih, kelat jatuh ke kerongkongan, seri naik ke peroman.�
intentional fallacykekeliruan hasratKesusasteraanTiadaKonsep yang dizahirkan oleh pengarang berhubung dengan tanggapan, kekeliruan serta pemahamannya terhadap makna teks. Tanggapan ini terbit daripada amalan kritikan biografi yang terlalu bergantung pada data biografi pengarang untuk mengupas makna teks. Istilah ini diperkenalkan oleh W.K. Wimsatt dan M.C. Beardsley pada tahun 1946. Mereka berpendapat bahawa niat pengarang, sama ada dinyatakan secara langsung atau tidak langsung dalam penulisan, adalah tidak relevan untuk pentafsiran teks. Hal ini demikian kerana makna terletak pada teks yang telah dihasilkan dan menjadi milik khalayak. Walau bagaimanapun, konsep ini dirumus semula untuk membenarkan penggunaan maklumat tentang niat pengarang dalam menginterpretasikan teks, khususnya dalam kes-kes tertentu. Contohnya, niat pengarang yang terserlah dalam prakata teks, surat, dan lain-lain yang akur dengan makna teks. Sebaliknya, niat pengarang yang tidak akur dengan makna teks diketepikan dan kaedah alternatif digunakan sebagai ganti. Pada zaman pasca-Freud, hasra
proseprosaKesusasteraanTiadaKarangan yang ditulis dalam bahasa yang biasa dan bersifat pernyataan yang jelas seperti pertuturan seharian. Prosa tidak mempunyai sebarang corak atau bentuk yang tetap dan terkawal seperti yang terdapat dalam sajak, pantun, dan gurindam. Prosa digunakan dalam penulisan esei, cerpen, novel, dan hikayat. Perbezaan antara puisi dengan prosa adalah kurang jelas. Perbezaan yang paling ketara mungkin dapat dilihat dalam bentuknya pada sesuatu muka surat. Puisi dibentangkan dalam bentuk baris-baris yang berbeza panjangnya, diatur dalam bentuk stanza yang distrukturkan, tetapi prosa dibentangkan dalam bentuk yang mengalir dengan bebas, sesekali diganggu oleh pembahagian perenggan. Perkataan prosa atau proversa oratio berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �wacana terus terang�.

Kembali ke atas