Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyahsulitan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
asymmetric crytographykriptografi asimetriTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah kriptograsi yang kekunci penyulitannya berbeza dengan kekunci penyahsulitan. Proses penyahsulitan dalam kaedah ini bukan sekadar penyongsangan daripada proses penyulitan tetapi merupakan transformasi matematik yang berbeza secara keseluruhannya. Kaedah ini sangat berkesan dalam kriptografi kerana satu kekunci tidak semestinya dikongsi bersama dua pihak yang berhubung.
encrypted routerpenghala tersulitTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPeranti yang melakukan penyulitan dan penyahsulitan terhadap paket yang melaluinya. Peranti ini membolehkan proses penyulitan dan penyahsulitan tidak perlu dilakukan pada hos. Biasanya, peranti ini merupakan komponen paling penting untuk mewujudkan rangkaian persendirian maya. Lihat juga rangkaian persendirian maya.
stream ciphersifer alirTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKategori penyulitan yang membenarkan penerima mesej memulakan aktiviti penyahsulitan pada mesej walaupun mesej berkenaan belum lengkap diterima sepenuhnya. Dalam sifer alir, perubahan dari teks sifer ke teks biasa hanyalah bergantung pada aksara semasa, kekunci penyahsulitan, algoritma penyulitan dan maklumat kawalan. Antara kelebihan sifer alir ialah kelajuan penyahsulitan yang tinggi dan kesan rebakan ralat yang rendah. Contoh sifer alir ialah sifer Vernam, sifer Caesar dan sifer Vigenere.
symmetric cryptographykriptografi simetriTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah penyulitan yang menggunakan kekunci yang sama untuk penyulitan dan penyahsulitan dan menggunakan algoritma untuk penyulitan dan penyongsangan algoritma yang sama untuk penyahsulitan. Lihat juga kriptografi kekunci rahsia.
decryptionpenyahsulitanKomputerTiadaTiada
decryptionpenyahsulitanTeknologi MaklumatTiadaPemulihan data yang telah dikod kepada bentuk yang boleh dibaca.
data decryptionpenyahsulitan dataKomputerTiadaTiada
Data Encryption Standard (DES)Piawai Penyulitan Data (DES)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerAlgoritma yang menjadi piawai untuk penyulitan dan penyahsulitan data sejak tahun 1977. Algoritma ini dihasilkan untuk menyelaraskan algoritma yang digunakan untuk penyulitan komunikasi bagi tujuan perniagaan dan merupakan satu sifer blok berkekunci simetri. DES terdiri daripada jujukan operasi yang berulang sebanyak 16 kali serta menggunakan satu kekunci yang bersaiz gandaan 64 bit. Penyahsulitan dilakukan dengan menyongsangkan algoritma DES dengan kekunci yang sama. Lihat juga sifer blok dan kekunci simetri.
cryptologykriptologiTeknologi MaklumatTiadaPenyelidikan mengenai penyulitan dan penyahsulitan.
link encryptionpenyulitan pautTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPenyulitan dan penyahsulitan di antara hos penghantar dengan hos penerima, iaitu pada semua hos perantara.
12345

Kembali ke atas