Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perhatikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
curvilinear translationalihan melengkungMekanikGunaanAlihan yang melibatkan setiap titik pada jasad bergerak dalam lengkung yang serba sama (bulatan selari) [Rajah A2]. Perhatikan bahawa alihan ini berbeza dengan 'putaran' kerana setiap zarah pada sesuatu jasad itu bergerak pada bulatan yang sepusat. Lihat juga putaran tulen.
triple dot producthasil darab bintik tigaanMekanikGunaanKuantiti skalar V yang diperoleh apabila tiga vektor A, B dan C didarab dalam bentuk V = (A x B). C. Perhatikan bahawa sebutan ini boleh ditulis tanpa kurungan yang ditunjukkan, iaitu V + A x B. C kerana hasil darab A x (B . C) tidak mungkin wujud kerana vektor A tidak boleh didarabsilangan dengan skalar B. C.
area moment of inertiamomen sifatekun luasMekanikGunaanUkuran kuantitatif bagi agihan jejarian sesuatu luas di sekitar sebarang paksi tertentu. Simbol yang digunakan untuk momen sifatekun luas ialah I. Unit ukurannya ialah m4. (Perhatikan bahawa momen sifatekun luas tidak ada kaitan dengan momen sifatekun jisim. Istilah ini digunakan semata-mata keranaungkapan matematik yang memerihalkannya menyerupai ungkapan yang memerihalkan momen sifatekun yang sebenar). Secara matematik, momen sifatekun luas infinitesimal dI bagi unsur pembeza yang mempunyai luas dA diukur di sekitar sebarang paksi ditakrifkan sebagai ‘hasil darab luas unsur itu dan kuasa dua bagi jarak terdekat r di antara unsur itu dengan paksi yang berkenaan’, iaitu dI = r2 dA. Maka momen sifatekun luas bagi seluruh luas yang berkenaan diberikan oleh sebutan IA = òr2 dA. Paksi rujukan untuk menghitung momen sifatekun luas berada di satah yang sama dengan satah luas berkenaan ataupun normal padanya. Momen sifatekun yang diukur dari paksi-paksi Cartesan di satah luas berkenaan dinamai momen sifatekun s
velocityhalajuMekanikGunaanKadar sesaran terhadap masa. jika perubahan kedudukan, atau sesaran, yang berlaku dalam masa infinitesimal dt ialah ds, maka halaju v diberikan oleh hubungan v = ds/dt diukur dalam unit m.s-1. (Perhatikan bahawa halaju ialah kuanti vektor. magnitud bagi halaju dinamai ‘kederasan’ atau ‘laju’).
sensehalaMekanikGunaanCiri vektor yang menentukan sama ada vektor itu bertindak ke kiri atau ke kanan, ke atas atau ke bawah dan sebagainya, pada garis tindakannya. hala vektor digambarkan oleh mata anak panah yang mewakili vektor itu. (Perhatikan bahawa arak vektor memerihalkan haluan garis tindakan vektor itu sahaja tetapi tidak memerihalkan hala tindakan vektor itu).
commutative lawhukum tukar tertibMekanikGunaanHukum penambahan dan pendaraban bintik bagi vektor yang menyatakan bahawa tertib vektor-vektor berkenaan boleh diubah tanpa mengubah hasil yang akan diperoleh, iaitu A + B = B +A dan A.B = B . A. Perhatikan bahawa hukum ini tidak boleh digunakan untuk pendaraban silang.
dynamic balanceimbangan dinamikMekanikGunaan(bagi aci yang berputar) Keadaan yang wujud apabila sistem daya panduan yang bertindak pada aci yang sedang berputar adalah sifar. Dalam keadaan tersebut, galas yang menyokong aci itu tidak ditindak oleh sebarang daya. Perhatikan bahawa sistem yang terimbang secara dinamik juga terimbang secara statik kerana keseimbangan statik merupakan prasyarat bagi keseimbangan dinamik. Di samping itu, sistem yang terimbang secara dinamik pada sesuatu kelajuan putar akan terimbang pada semua nilai kelajuan putar. Lihat juga keseimbangan statik, pengimbangan.
accelerationPecutanMekanikGunaanKadar perubahan halaju terhadap masa. Pecutan merupakan kuantiti vektor dan ditakrif sebagai positif jika halaju bertambah dan sebagai negatif jika halaju menyusut. Unit ukurannya ialah meter sesaat sesaat, m/s/s atau m.s.-2. Perhatikan bahawa istilah ‘pecutan’ biasanya digunakan untuk kadar perubahan halaju linear; untuk kadar perubahan halaju sudut, istilah ‘pecutan sudut’ digunakan. Bandingkan nyahpecutan.
constrainkekangMekanikGunaanMembataskan gerakan, iaitu menetapkan sesuatu jasad pada kedudukan tertentu ataupun pada laluan gerakan yang tertentu. Perbuatan mengekang ini menghalang semua ragam gerakan kecuali yang menjadi objek pengekangan itu. Dalam beberapa kes, kekang memberi kesan penghalangan gerakan sepenuhnya. Perhatikan bahawa makna ‘kekang’ berbeza dengan’halang’ yang bermaksud ‘membenarkan semua ragam gerakan kecuali yang menjadi objek penghalangan itu’ Lihat juga gerakan terkekang, gerakan tak terkekang, halang.
simple harmonic motiongerakan harmonik mudahMekanikGunaanGerakan linear yang dicirikan oleh pecutan yang berkadar langsung dengan sesaran. Jika sesaran yang berkenaan ialah x dan pecutan ditulis sebagai x, maka gerakan harmonik mudah, singkatan GHM, diperihalkan oleh x µc dan ditulis dalam bentuk persamaan sebagai x = -p2x. Perhatikan bahawa simbol –p2 biasanya digunakan untuk pemalar perkadaran yang berkenaan untuk memudahkan pemerihalan fenomena fizikal yang berpadanan. Contoh GHM yang paling kerap ditemui dalam bidang mekanik ialah getaran linear bebas tak teredam bagi zarah yang tersambung pada seutas pegas linear. Dalam kes ini, pemalar p ialah frekuensi bulat gerakan itu. Gerakan harmonik mudah dapat digambarkan melalui penggunaan vektor berputar. Dalam Rajah G8, vektor rujukan yang bermagnitud xo, itu berputar dengan halaju sudut p. Ujuran kepala vektor xo pada paksi –x seperti yang ditunjukkan, bergerak dengan GHM di sepanjang paksi itu. Kedudukannya dapat diplot pada lengkung sinus [Rajah G8b] yang merupakan selesaian bagi persamaan GHM, x+p2x = 0, da
123

Kembali ke atas