Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.pu.ta.ran] | ڤرڤوترن

Definisi : 1. perihal berputar-putar, per­kisaran: ~ semua baling-baling itu sama cepatnya; 2. peralihan (perubahan, pergan­tian) masa atau keadaan dll: bersiap sedia utk menghadapi sendiri ~ sejarah pd masa akan datang; 3. pergerakan (wang, peristiwa, kehidupan, dll) yg merupakan lingkaran, proses perdagangan (wang dijadikan bahan dan diproses dan kemudian menjadi wang lagi); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.pu.ta.ran] | ڤرڤوترن

Definisi : 1 hal berputar; perkisaran: ~ roda. 2 perubahan (pertukaran) keadaan dsb: ~ nasib. 3 peredaran (wang dsb); rangkaian peristiwa yg berubah-ubah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perputaran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rotational transitionperalihan perputaranKimiaKimia AnalisisPeralihan elektron yang terhasil daripada penyerapan sinaran mikrogelombang dan melibatkan putaran molekul.
twofold rotational axispaksi perputaran dua lipatKimiaTiadaTiada
Stoke�s stream functionfungsi strim StokesFizikMekanikFungsi skalar (?) yang digunakan untuk menerangkan gerakan bendalir dalam tiga dimensi berpaksi simetri. Fungsi strim Stokes di sebarang titik bersamaan dengan �p kadar jisim aliran dalam suatu permukaan berbentuk kisaran yang dihasilkan oleh perputaran garis strim sekitar paksi itu. bd. fungsi strim Lagrange
walking beamrasuk berjalanKejuruteraanPetroleumSinonim : rasuk Keluli yang merupakan bahagian mendatar pada unit pengepaman rasuk yang berguna bagi mendapatkan gerakan penyilangan dalam mekanisme kerja unit pam rod penyedut. Untuk ini, keluli tersebut akan bergerak ke atas dan ke bawah. Pergerakan ini diperoleh daripada pergerakan perputaran engkol yang dihubungkan ke rasuk berjalan oleh lengan pitman. Rujuk : unit pengepaman rasuk; lengan pitman.

Kembali ke atas