| non-government organisation (NGO) | pertubuhan bukan kerajaan | Pentadbiran | Pengurusan | - |
| non-government organisation (NGO) | pertubuhan bukan kerajaan | Pengurusan | Perancangan | Lihat organisasi bukan untung. |
| victim advocacy | advokasi mangsa | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Bantuan dan sokongan profesional yang diberikan oleh seseorang individu atau secara berkumpulan kepada mangsa terrmasuklah sokongan dari segi emosi, bantuan guaman dan kewangan. Contohnya, sekumpulan ahli Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak asasi wanita membuat advokasi tentang keganasan rumah tangga. |
| non-partisan support | sokongan tidak berpihak | Sains Politik | Politik Perbandingan | Satu bentuk sokongan yang tidak semestinya terikat dengan sesuatu pihak. Sokongan ini bersifat individu atau kelompok. Individu atau kelompok yang terlibat masih boleh membuat pemilihan dalam pilihanraya. Contohnya, sokongan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terhadap parti pembangkang atau pemerintah merupakan sokongan tidak berpihak. |
| Amnesty International | Amnesti Antarabangsa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang beribu pejabat di London dalam memperjuangkan isu hak asasi manusia sejagat. Pertubuhan ini mempunyai tiga matlamat dasarnya. Pertama, pembebasan kesemua tahanan politik; kedua, penghapusan semua bentuk penyeksaan termasuk hukuman bunuh; dan ketiga, hak pembicaraan yang adil kepada semua tahanan politik. Pertubuhan ini merupakan badan pemantau hak asasi manusia dan pengaruhnya tertakluk kepada keprihatinan masyarakat awam dalam sesebuah negara. Kini, keanggotaannya melebihi satu juta orang meliputi seluruh negara di dunia. Pertubuhan ini ditadbir oleh sembilan anggota jawatankuasa eksekutif dan seorang setiausaha agung. Mereka berperanan melaksanakan keputusan dasar dan mengetuai urus setia organisasi. Pada tahun 1978, pertubuhan ini telah menerima anugerah hak asasi manusia PBB. Pertubuhan ini juga telah mendapat pengiktirafan rasmi daripada Kesatuan Eropah (EU), Majlis Eropah, Amerika Syarikat dan Pertubuhan Kesatuan Negara-Negara Afrika (OAU). Amnesti Antarab |
| diversion | alih haluan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan yang dilakukan lazimnya oleh pihak penguatkuasa untuk mengelakkan pelaku salah dikenakan tindakan undang-undang dengan cara menggalakkan atau mendorong pelaku tersebut untuk mengikuti program pemulihan. Contohnya, pihak berkuasa mencadangkan agar remaja nakal mengikuti program pemulihan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). |
| pluralism | Faham majmuk | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang menjelaskan sebuah masyarakat yang memiliki kepelbagaian sama ada dari segi kelompok etnik, parti politik, pertubuhan pendesak atau individu. Setiap kelompok memiliki minat dan kepentingan yang berbeza serta bersaing antara satu sama lain dalam mempengaruhi dasar negara mengikut peraturan yang ditetapkan. Kepelbagaian dan kebebasan merupakan ciri utama fahaman ini iaitu hak dan tanggungjawab setiap kelompok atau individu perlu dihormati. Dalam masyarakat yang majmuk, kepelbagaian ini sering ditonjolkan dalam bentuk kaum atau ras manakala dalam masyarakat yang lebih kompleks ditonjolkan oleh parti politik dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang pelbagai. Fahaman ini menolak penguasaan kelas atasan terhadap masyarakat atau sekatan terhadap kebebasan persaingan politik. Sinonim pluralisme. |
| non-profit organisation | organisasi bukan untung | Pengurusan | Perancangan | Organisasi yang menjalankan aktiviti yang bukan berunsur perniagaan dan tujuan komersial. Organisasi ini berasaskan budaya kesukarelaan dan menyediakan perkhidmatan atau barangan kepada entiti masyarakat yang berkenaan tanpa melibatkan motif keuntungan. Aktiviti boleh dilakukan melalui pertubuhan seperti persatuan, kelab dan badan-badan kesatuan. Tujuan penubuhan organisasi jenis ini adalah untuk memberikan bantuan dan memelihara kesejahteraan masyarakat dan kehidupan yang lain. Organisasi bukan untung ini kebanyakannya terlibat dengan aktiviti seperti bantuan kemanusiaan, keagamaan, pemuliharaan alam sekitar, perlindungan kepenggunaan, pembangunan pendidikan dan kesejahteraan budaya. Contoh organisasi bukan untung ialah Pertubuhan Kebajikan Malaysia (PERKIM) (aktiviti keagamaan), Yayasan Pelajaran MARA (aktiviti pendidikan), Persatuan Bulan Sabit Merah (aktiviti kemanusiaan) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (aktiviti alam sekitar). Sinonim pertubuhan bukan kerajaan. |
| non-governmental organization | organisasi bukan kerajaan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pertubuhan sukarela yang dibentuk untuk memperjuangkan kepentingan sesuatu kelompok. Pertubuhan ini sering disebut sebagai kumpulan pendesak yang bergerak dengan menganjurkan pelbagai aktiviti yang mewakili kepentingan masing-masing. Sifat utama pertubuhan ini adalah untuk mempengaruhi dasar kerajaan tetapi tidak bertujuan menyertai persaingan merebut kuasa pemerintahan, dan ini membezakannya dengan parti politik. Kumpulan ini menggunakan pelbagai cara untuk mempengaruhi keputusan kerajaan seperti melobi, menggunakan media, menulis surat kepada pihak berkuasa, membuat petisyen atau melancarkan tunjuk perasaan. Walau bagaimanapun, pertubuhan ini tidak melaksanakan gerakan secara keganasan. Contohnya, pertubuhan alam sekitar seperti Sahabat Alam dan Pertubuhan Alam Semula Jadi Malaysia (MMS), pertubuhan pengguna seperti Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan pertubuhan buruh pula seperti Persatuan Pekerja Kerajaan Awam (Ceupacs) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC). |
| International Non-Government Organization (INGO)) | Organisasi Bukan Kerajaan Antarabangsa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Organisasi yang merupakan salah satu komponen dalam sistem antarabangsa. Organisasi ini terdiri daripada pertubuhan yang berasaskan keuntungan dan bukan berasaskan keuntungan. Contoh pertubuhan yang berasaskan keuntungan ialah Perbadanan Multinasional (MNC) seperti General Motors, Shell dan British Petroleum, manakala pertubuhan yang bukan berasaskan keuntungan ialah Gereja Roman Katolik dan Amnesti Antarabangsa. MNC merupakan aktor yang penting dalam sistem antarabangsa kerana keupayaannya mempengaruhi dasar luar negara asalnya serta negara tuan rumah yang dijadikan tempat operasi perniagaannya. Sumbangan MNC kepada negara tuan rumah adalah daripada segi pembentukan modal, kemahiran teknologi dan pengurusan, pembangunan dan imbangan bayaran. Perkara yang menjadi kebimbangan pihak negara tuan rumah ialah dominasi perindustrian, pergantungan kepada teknologi dan gangguan kepada perancangan ekonomi negara oleh pihak MNC. Sinonim INGO. |