Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pinnata


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
memparimempariPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi pokok dan kayu Pongamia pinnata daripada famili Leguminoseae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah malapari, dan di Sabah ialah marabahai. Gubal kayu mempari sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna kekuningan dan menjadi kuning kelabu apabila terdedah. Ira kayu ini bersimpul, dan tekstur kayunya agak halus dan tidak sekata kerana mengandungi banyak tisu parenkima. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 625 hingga 865 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan berat.
suculensukulenHerbaBotani dan BioteknologiTekstur daun yang lembut dan berlendir serta tebal. Contohnya, daun lidah buaya (Aloe vera) dan setawar (Bryophyllum pinnata).
crenatekrenatHerbaBotani dan BioteknologiBentuk tepi daun yang bergerigi bulat, cetek dan mengarah keluar dari lai daun. Contohnya, pokok setawar kampung (Kalanchoe pinnata) dan mata pelanduk (Ardisia crenata).
hypothermia agentagen hipotermiaHerbaPemiawaianHerba yang dapat mengurangkan demam dan panas badan. Contohnya, daun bunga raya (Hibiscus rosa-sinensis), pokok setawar (Kalanchoe pinnata) dan daun sedingin (Costus speciosus). Sinonim febrifuj.
kasaikasaiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Pometia spp. daripada famili Sapindaceae. Nama tempatannya di Sarawak ialah sibu. Spesies utama kasai termasuk Pometia pinnata dan P. ridleyi. Gubal kayu kasai sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna merah jambu atau coklat kemerahan. Tekstur kayunya agak kasar dan sekata dengan ira yang lurus atau agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 735 hingga 915 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Kayu kasai mudah diproses, agak tahan tetapi sukar dikeringkan dan diawet. Kayu ini digunakan dalam pembuatan perabot, hulu perkakas, venir, papan lapis, dan kayu kumai.
lebanlebanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu dan pokok Vitex spp. daripada famili Verbenaceae. Nama tempatannya di Sabah ialah kulimpapa, dan di Sarawak ialah leban paya. Spesies utamanya ialah V. pinnata. Gubal kayu leban berwarna lebih muda dan dapat dibezakan daripada teras kayunya, yang biasanya berwarna coklat kekuningan. Tekstur kayunya halus dan sekatadengan ira yang lurus atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 705 hingga 880 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan berat. Pokok leban biasanya kecil dan bengkok, dengan ketahanan semula jadi kayunya yang baik, dan sesuai untuk dibuat tiang, hulu perkakas, gasing, dan bahan ukiran.

Kembali ke atas