| mobile learning (m-learning) | pembelajaran bergerak (m-pembelajaran) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Kaedah pembelajaran menerusi penggunaan peranti mudah alih seperti telefon pintar, tablet dan jam pintar. |
| intelligent agent | agen pintar | Teknologi Maklumat | Tiada | Kadang kala dipanggil agen web. Agen pintar ialah atur cara yang melaksanakan beberapa perkara mengikut kehendak pengguna. Contohnya, menapis e-mel atau mencari tapak web yang diminati. Proses ini biasanya dibuat secara automatik berdasarkan permintaan pe |
| smart luggage | bagasi pintar | Umum | Tiada | Bagasi yang dilengkapi dengan beberapa teknologi canggih, seperti pengesan GPS, pengecas USB dan kunci pintar. |
| smart building | bangunan pintar | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Bangunan yang dilengkapi litar khas untuk membolehkan penghuni bangunan tersebut mengawal semua aspek pengurusan bangunan dari lokasi pusat. Bangunan pintar mempunyai beberapa fungsi automatik seperti kawalan suhu dalam bangunan, pengimbangan serta penjimatan bekalan air dan elektrik, sistem kawalan kebakaran, dan kawalan serta pemantauan keselamatan. |
| contactless payment | pembayaran tanpa sentuh | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kaedah pembayaran yang selamat bagi pengguna untuk membeli produk atau perkhidmatan dengan mengetik kad debit, kad kredit, kad pintar atau peranti lain seperti telefon pintar pada terminal pembayaran yang mempunyai simbol tanpa sentuh. Pembayaran tanpa sentuh menggunakan teknologi pengecaman frekuensi radio (RFID) atau komunikasi medan dekat (NFC) seperti Samsung Pay, Apple Pay dan Google Pay. |
| mobile health | kesihatan mudah alih | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Aplikasi yang berkaitan dengan amalan perubatan dan kesihatan awam yang disokong oleh peranti mudah alih seperti telefon pintar, tablet dan peranti boleh pakai seperti jam tangan pintar. Aplikasi ini membantu mengumpul data kesihatan klinikal, menghantar maklumat penjagaan kesihatan kepada para pengamal, penyelidik, dan pesakit serta memantau tanda-tanda penyakit pada masa nyata. |
| sistem pintar | smart system | Kecerdasan Buatan | Perkhidmatan | Sistem yang dapat membuat keputusan atau tindakan berbentuk prediktif atau adaptif berasaskan data sedia ada dengan menggabungkan kebolehan sensor, pengerak, dan kawalan untuk memerihal serta menganalisis situasi. Mekanisma pengkomputerannya dipraprogramkan dan lazimnya diperoleh daripada sistem AI. Sumber pengiraannya ditentukan semasa larian dan sesuai dalam lingkungan yang dibenarkan. Lihat juga sistem AI. |
| ingenious | pintar | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
| gifted | pintar cerdas | Pendidikan | Tiada | Individu yang mempunyai kebolehan umum tahap tinggi atau mempunyai satu atau lebih bakat dan keistimewaan yang spesifik. |
| ingenious pupil | murid pintar | Pendidikan | Tiada | Tiada |