| AI bias | biased AI | Kecerdasan Buatan | Etika dan Falsafah | Kelakuan sistem AI yang prejudis secara sistematik atau tersirat. Sebagai contoh, prejudis terhadap bangsa, agama, jantina, fahaman dan lain-lain. Prejudis ini biasanya kesan daripada kesilapan pembangunan enjin AI disebabkan alkhwarizmi yang pincang, set data yang tidak seimbang dan representatif, nilai dan falsafah pembangun sistem AI dan lain-lain. Sebagai contoh, sistem pengecaman wajah yang membuat keputusan berdasarkan warna kulit kerana model pembelajaran mesin dilatih dengan data yang tidak seimbang dan tidak representatif. Banding kesaksamaan. |
| prejudice | prejudis | Psikologi | Psikologi Umum | Sikap beremosi yang negatif terhadap ahli suatu kelompok sosial tertentu. Sikap ini boleh berlaku dalam organisasi seperti jabatan keselamatan, pelajaran atau institusi kerajaan lain. Banyak konsep telah digunakan dalam menjelaskan prejudis. Contohnya, rasisme dikatakan berlaku apabila prejudis melibatkan etnik, seksisme melibatkan gender dan sebagainya. |
| hate speech | ungkapan benci | Umum | Tiada | Ucapan kesat dan prejudis terhadap jantina, etnik, bangsa atau agama seseorang. |
| hate crime | jenayah benci | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah yang bersifat prejudis dan didorong oleh perasaan benci yang menyasarkan seseorang kerana individu tersebut dikaitkan dengan sesuatu bangsa, agama, orientasi seksual, ideologi atau kumpulan sosial. Contohnya, mangsa yang dibunuh kerana perasaan benci pelaku jenayah akibat keterlibatan aktif mangsa dalam mana-mana kumpulan sosial. |
| racialism | rasialisme | Sejarah | Tiada | Fahaman yang berpegang kepada perbezaan bangsa atau diskriminasi bangsa dengan bersikap prejudis atau prasangka kepada bangsa lain. |
| intergroup conflict | konflik antara kelompok | Psikologi | Psikologi Umum | Konflik yang wujud antara kelompok apabila satu kelompok menanam perasaan benci dan prejudis terhadap kelompok lain. Antara kepercayaan negatif yang boleh mewujudkan kebencian terhadap kelompok lain ialah superioriti, ketidakadilan, kerapuhan hubungan dan saling tidak mempercayai. Contohnya, jika individu dalam satu-satu kelompok terasa dieksploitasi secara tidak adil, ditindas, dihina atau diancam akan berkemungkinan menyebabkan konflik yang membawa kepada permusuhan. |
| comparable worth | nilai setanding | Pengurusan | Perancangan | Suatu konsep yang menetapkan kemampuan yang setaraf dari aspek pengetahuan dan kemahiran, yang seharusnya dipertimbangkan oleh majikan bagi membayar pekerja dengan ganjaran yang sama tanpa mengira umur, bangsa, jantina atau sebarang perbezaan lain. Tujuan konsep nilai setanding adalah untuk mengelakkan diskriminasi dan prejudis terhadap perbezaan latar belakang pekerja dan rasa tidak puas hati dalam kalangan pekerja, sedangkan prestasi mereka adalah sama atau lebih baik. Contoh nilai setanding ialah penetapan polisi ganjaran berdasarkan jawatan, pengalaman dan prestasi semata-mata tanpa prejudis, sama ada sesuatu tugas itu dilaksanakan oleh pekerja lelaki atau pekerja wanita |