| blastochor | blastokor | Biologi | Ekologi | Tumbuhan yang tersebar secara sebaran pucuknya. |
| Ardisia elliptica | Mata ayam | Pertanian | Tiada | Tumbuhan dalam famili Myrsinaeae ini juga dikenali sebagai mata pelanduk dan mata itik. Tumbuhan jenis renik. Daunnya jenis ringkas, berbentuk elips mempunyai tangkai daun warna kemerahan semasa muda. Bunganya berwarna merah jambu. Buahnya kecil, berbentuk bulat dan bewarna hitam apabila masak. Tumbuhan ini hidup liar di hutan tanah pamah atau ditanam sebagai hiasan. Air rebusan daun diminum untuk mengubati sakit perut dan mengurangkan pengeluaran darah haid. Pucuknya dibuat ulam dan buahnya yang telah masak dimakan mentah. |
| Premna foetida | bebuas | Herba | Botani dan Bioteknologi | Pokok renek atau pokok kecil dalam famili Verbenaceae, yang dikenali juga sebagai singkil. Pokok ini tumbuh liar di belukar atau di pinggir hutan. Keseluruhan pokok berbulu halus. Daunnya berbentuk bujur dan tepinya bergerigi krenat. Pangkal daunnya membulat atau kordat. Daunnya berbau kuat dan berasa pedas. Pucuk yang dicelur boleh dimakan untuk mengatasi masalah angin. Air rebusan daun diminum untuk merawat kecacingan. Pucuknya boleh dibuat sayur dan sebagai perasa masakan. |
| Ardisia crispa | mata ayam | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan dalam famili Myrsinaeae yang dikenali juga sebagai mata pelanduk dan mata itik. Mata ayam merupakan tumbuhan jenis renek. Daunnya jenis ringkas, berbentuk elips dan mempunyai tangkai daun berwarna kemerah-merahan semasa muda. Bunganya berwarna merah jambu. Buahnya kecil, berbentuk bulat dan berwarna hitam apabila masak. Tumbuhan ini hidup liar di hutan tanah pamah atau ditanam sebagai hiasan. Air rebusan daun diminum untuk mengubati sakit perut dan mengurangkan pengeluaran darah haid. Pucuknya dibuat ulam dan buahnya yang telah masak boleh dimakan mentah. |
| Pluchea indica | beluntas | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan renek dalam famili Asteraceae yang dikenali juga sebagai beluntas paya. Tumbuhan ini tumbuh liar di belukar dan paya berhampiran pantai. Ketinggiannya mencapai 2 meter dan mempunyai banyak cabang. Daunnya berbentuk obovat dan tepinya bergerigi dentat. Jambak bunganya bercabang dan terdapat pada hujung tangkai. Bunganya kecil berwarna putih, banyak dan tersusun padat pada jambak yang berbentuk tongkol. Daunnya dibuat ubat demam dan cirit-birit. Daun yang dilumatkan digunakan untuk mengubati bisul, kudis, luka, ulser, cacar air dan penyakit kulit. Daun muda dijadikan ubat pupuk untuk mengubati lumbago. Air ramasan daunnya diminum untuk merawat bau badan, nafas berbau dan keputihan. Pucuknya pula dimakan sebagai ulam. |
| Vitis trifolia | lakum | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan memanjat dalam famili Ampelidaceae yang hidup liar di tanah terbiar, di pinggir hutan dan kadangkala hidup di kawasan pesisir pantai berbatu. Batangnya kecil dilengkapi sulur paut untuk membolehkannya memanjat. Daunnya jenis majmuk dan mengandungi tiga hingga lima anak daun. Anak daunnya berbentuk bujur dan tepinya bergerigi. Bunganya kecil berwarna hijau kekuning-kuningan dan tersusun pada jambak bercabang. Buahnya jenis beri berbentuk bulat leper berwarna hijau berkilat semasa muda dan bertukar menjadi hitam apabila masak. Daun muda dibuat ubat demam. Air rebusannya diminum dan dibuat mandian. Jus pucuknya diminum bersama-sama air nasi untuk mengubati demam malaria. Air daunnya yang dicampurkan dengan beras dibuat mandian untuk merawat demam malaria pada peringkat panas. Air mandian yang dikenali sebagai ubat jelum juga dibuat mandian untuk mengubati demam kepialu. |
| Sonneratia caseolaris | pedada | Herba | Botani dan Bioteknologi | Pokok sederhana besar dalam famili Sonneratiaceae yang dikenali juga sebagai gedabu atau perapat. Pedada hidup liar di hutan bakau dan mempunyai akar udara yang tumbuh tegak. Daunnya tebal bernabu dan berbentuk hampir bulat. Bunganya berwarna putih kemerah-merahan. Buahnya berbentuk seperti gasing dan mempunyai kaliks yang kekal membentuk tampuk. Di hujungnya terdapat stil bunga yang kekal sehingga buah masak. Bijinya bersegi-segi, diselaputi isi berwarna putih. Jus buah matang dibuat ubat batuk. Daun yang dilumatkan dengan beras digunakan untuk merawat campak dan menghentikan perdarahan pada luka kecil. Kulit batangnya mengandungi tanin. Buah muda dibuat perasa masakan dan pucuknya dibuat sayur. |
| Senna tora | gelenggang kecil | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan herba atau pokok renek yang kecil dalam famili Leguminosae, dikenali juga sebagai gelenggang padang. Tumbuhan ini tumbuh liar di kebun tanaman semusim dan di padang ragut. Batangnya tegak dan mempunyai cabang yang menyebar. Daunnya jenis majmuk pinat tersusun berselang-selang pada rakis. Anak daunnya kecil berbentuk bujur panjang. Daunnya berbau kuat dan bersifat aperien. Jambak bunganya berpasangan dan keluar dari celah daun. Bunganya berwarna kuning cerah. Buahnya kecil jenis lenggai dan berbentuk seperti sabit. Air rebusan daun bersifat purgatif ringan dan berkesan untuk mengubati batuk. Bijinya mengandungi emodin dan dibuat ubat untuk mengubati kegatalan kulit. Bijinya dibuat ubat bisul dan ubat luaran untuk sakit mata. Pucuknya lembut dan boleh dibuat sayur. |
| Piper sarmentosum | kaduk | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan herba dalam famili Piperaceae yang dikenali juga sebagai sirih duduk atau kaduk batu. Tumbuhan ini hidup liar di tempat teduh dan lembap seperti di bawah pokok lain. Tingginya mencapai 60 cm, daunnya nipis berwarna hijau tua, berkilat, bentuknya bujur seperti jantung, dan beraroma kuat. Bunganya kecil tersusun padat pada jambak spika yang pendek dan berwarna putih. Buahnya sangat kecil. Air rebusan daun digunakan untuk mengubati lemah tulang. Daunnya yang ditumbuk lumat dibuat pupuk untuk mengubati sakit kepala dan panau. Daunnya yang telah dilayur ditampal di dada untuk mengubati sakit dada. Daunnya boleh dikunyah untuk melegakan sakit tekak. Akarnya boleh dikunyah bersama-sama pinang untuk melegakan lelah dan batuk yang berpanjangan. Akarnya yang dikunyah bersama-sama halia pula boleh melegakan sakit gigi. Pucuknya beraroma dan boleh dibuat ulam dan sayur. |
| Barringtonia racemosa | putat | Herba | Botani dan Bioteknologi | Pokok kecil dalam famili Lecythidaceae dan dikenali juga sebagai putat ayam, putat kampung dan putat kerdul. Daunnya jenis ringkas, bersaiz besar dan lebar. Teksturnya tebal dan tepinya bergerigi. Tangkai daun berwarna merah dan daun yang muda berwarna ungu kemerah-kemerahan. Bunganya berwarna putih atau merah jambu, teratur pada jambak yang panjang dan terjuntai pada dahan. Buahnya agak besar, bersegi dan beralun serta warnanya hijau kemerah-kemerahan. Bijinya besar dan keras. Tumbuhan ini hidup liar di kawasan kampung dan pinggir hutan. Daunnya digunakan untuk merawat gatal dan cacar air. Akarnya mengandungi saponin dan dibuat serbuk untuk mengubati sakit mata dan kurap. Batangnya digunakan untuk merawat ulser kulit, manakala pucuknya dan buah muda dibuat ulam. |