Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pul.pa] | ڤولڤا

Definisi : 1. bahan yg diperoleh drpd kayu dll se­cara kimia atau mekanikal utk dibuat kertas; 2. (Ubat) bahagian gigi paling dalam yg lembut dan mengandungi saraf dan salur darah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pul.pa] | ڤولڤا

Definisi : sj gentian yg diperoleh drpd (pokok) kayu dan digunakan utk membuat kertas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pulpa


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mechanical pulpapulpa mekanikalPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPulpa yang dihasilkan secara mekanikal dengan menggunakan batu penggilis dan ceper penghalus. Batu penggilis digunakan ke atas kayu bulat, dan ceper penghalus ke atas serpai untuk menghasilkan gentian terasing.
carious pulp exposurependedahan pulpa berkariesPergigianTiadaPendedahan pulpa akibat kemusnahan enamel dan dentin oleh karies. Karies yang telah merebak ke bahagian pulpa akan menyebabkan tisu pulpa terdedah kepada pencemaran bakteria di persekitaran mulut. Jika pendedahan tidak dirawat, tisu pulpa akan menjadi nekrosis.
pulp extirpationekstirpasi pulpaPergigianTiadaPembuangan tisu pulpa dari kebuk pulpa dan kanal akar dengan menggunakan broc berduri. Pembuangan ini dilakukan kerana tisu pulpa tersebut mengalami keradangan atau telah terkontaminasi. Seterusnya gigi tersebut akan menjalani rawatan kanal akar.
semi-mechanical pulppulpa separa mekanikalPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPulpa yang dihasilkan daripada gabungan cara rawatan mekanikal dan kimia. Kayu dan serpih kayu dikecilkan dan dihaluskan kepada saiz dan bentuk yang sesuai, supaya bahan kimia bertindak dengan lebih banyak lignin dan hemiselulosa yang masih tinggal di dalam pulpa, dan ini menambahkan peratus perolehan pulpa. Pulpa jenis ini boleh digunakan dalam keadaan diluntur atau tidak diluntur.
pulp extirpationekstirpasi pulpaPerubatanTiadaPembuangan kesemua tisu pulpa dari kebuk pulpa dan kanal akar.
cornua of pulpkornua pulpaPerubatanTiadaPuncak atau tanduk pulpa di dalam kebuk pulpa.
electric pulp testujian pulpa elektrikPerubatanTiadaUjian kevitalan pulpa menggunakan alat uji pulpa elektrik.
sulphate pulppulpa sulfatPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPulpa kimia yang dihasilkan daripada proses pempulpaan cara sulfat. Pulpa ini mempunyai sifat kekuatan yang tinggi tetapi hasil perolehannya agak rendah, iaitu antara 35 hingga 50 peratus. Pulpa ini digunakan untuk menghasilkan kertas percetakan dan kertas penulisan kecuali kertas surat khabar. Sin: pulpa Kraft
pulp polyppolip pulpaPergigianTiadaTindak balas keradangan kronik pulpa terhadap karies yang mengakibatkan tisu pulpa menjadi hiperplastik dan membentuk ketumbuhan polip. Polip pulpa membesar dalam kaviti gigi dan mungkin mengganggu fungsi pengunyahan kerana akan mudah berdarah. Gigi yang berpolip biasanya akan dicabut.
vital pulpotomypulpotomi vitalPergigianTiadaPembuangan tisu pulpa terinfeksi di kebuk pulpa gigi vital yang menggunakan agen anestesia setempat. Pembuangan dilakukan dengan alat tangan atau bur sehingga berlaku pendarahan untuk memastikan kesemua pulpa terinfeksi dibuang. Biasanya pendarahan dapat dihentikan dan seterusnya tampalan kekal akan dibuat pada gigi tersebut.
12345678910...

Kembali ke atas