Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata putrajaya

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
loop roadjalan IingkarLandskapTiadaJalan yang dibina mengelilingi sesuatu kawasan. Contohnya, jalan lingkar di Taman Wetland, Putrajaya.
wetland establishmentpewujudan tanah bencah/basahLandskapTiadaPembinaan atau pemulihan kawasan paya untuk kawalan banjir atau rekreasi. Contohnya, Taman Wetland, Putrajaya.
garden citybandar tamanKesenianSeni BinaSebuah kawasan yang dirancang secara teliti untuk pembangunan sebuah bandar berkomuniti kendiri yang dikelilingi oleh persekitaran hijau untuk pertanian, dan sebahagian yang lain dibangunkan untuk kediaman dan perindustrian. Contohnya, bandar Putrajaya yang telah dibangunkan daripada konsep bandar taman. Lihat juga gerakan bandar taman.
silkstocking district or warddaerah mewahSains PolitikPolitik PerbandinganWilayah yang mendapat atau menggunakan belanjawan yang besar walaupun saiz kawasannya kecil. Wilayah ini mempunyai pembangunan yang pesat, infrastruktur yang hebat serta aktiviti ekonomi yang rancak. Pentadbiran wilayah Putrajaya sebagai wilayah pentadbiran negara dapat dianggap sebagai daerah mewah apabila perbelanjaan yang sangat besar diperuntukkan di kawasan tersebut. Sinonim mukim mewah.
Multimedia Super Corridor (MSC)Koridor Raya Multimedia (MSC)Teknologi MaklumatTiadaSatu inisiatif Kerajaan Malaysia bagi meningkatkan aktiviti-aktiviti teknologi maklumat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab maklumat dan pengetahuan. Satu kawasan telah digazetkan untuk MSC yang keluasannya adalah 15x50 km bermula daripada Petronas Twin Tower hingga KLIA termasuk Putrajaya dan Cyberjaya. Tujuannya adalah untuk menarik syarikat melabur dengan menyediakan infrastruktur, infostruktur dan insentif kewangan seperti pengecualian cukai. Multimedia Development Corporation (MDC) ditubuhkan untuk menguruskan MSC.

cryptographykriptografiTeknologi MaklumatTiadaSuatu bidang kajian penyulitan maklumat yang menukarkan maklumat dari format yang boleh difahami (contoh teks biasa) kepada format yang tidak boleh difahami oleh pihak ketiga yang tidak memiliki kunci rahsia. Berasal daripada perkataan Greek kryptós yang bermaksud “sembunyi” dan gráphein yang bermaksud “untuk tulis”. Teks sulit ini dinamakan teks sifer. Penyahsulitan ialah proses kebalikan untuk mendapatkan semula teks asal dengan menggunakan kunci rahsia juga. Contohnya teks “saya di Putrajaya”, disulitkan menjadi “xfdf in uzywfofdf”. Kod ini dicipta dengan menggantikan setiap huruf dalam teks asal dengan huruf yang berada lima kedudukan ke kanan dalam turutan huruf A – Z.
Gen bankBank genPertanianTiadaTempat penyimpanan baka setiap jenis tumbuhan yang ingin dilindungi atau dipulihara daripada kepupusan. Baka yang disimpan dalam bentuk tumbuhan hidup dan bahagian tumbuhan yang boleh dibiakkan semula. Tujuan penyimpanan adalah untuk pembiakan, penyelidikan dan pendidikan. Koleksi genetik yang disimpan dikenali sebagai germplasma. Bank gen boleh diwujudkan dalam dua bentuk iaitu ladang, arboretum dan tanam botani. Contohnya arboretum MARDI, FRIM dan Taman Botani Putrajaya. Genetik tumbuhan juga boleh dipulihara dalam bentuk biji benih, rizom, umbisi dan tuber. Penyimpanan seperti ini dilakukan di bilik yang terkawal dari segi suhu dan kelembapannya. Jangkamasa penyimpanan adalah lebih lama. Contohnya bank biji benih padi MARDI dan spesies dipterokap FRIM.
cryptographykriptografiTeknologi MaklumatTiadaSuatu bidang kajian penyulitan maklumat yang menukarkan maklumat dari format yang boleh difahami (contoh teks biasa) kepada format yang tidak boleh difahami oleh pihak ketiga yang tidak memiliki kunci rahsia. Berasal daripada perkataan Greek kryptós yang bermaksud “sembunyi” dan gráphein yang bermaksud “untuk tulis”. Teks sulit ini dinamakan teks sifer. Penyahsulitan ialah proses kebalikan untuk mendapatkan semula teks asal dengan menggunakan kunci rahsia juga. Contohnya teks “saya di Putrajaya”, disulitkan menjadi “xfdf in uzywfofdf”. Kod ini dicipta dengan menggantikan setiap huruf dalam teks asal dengan huruf yang berada lima kedudukan ke kanan dalam turutan huruf A – Z.
heat islandpulau habaKesenianSeni BinaKeadaan apabila suhu di sesuatu kawasan lebih tinggi daripada suhu di kawasan sekitar yang disebabkan oleh pelbagai faktor. Antara faktor penyebabnya ialah aktiviti manusia, binaan yang menyerap haba pada waktu siang, dan kurangnya kawasan nyahhaba seperti pokok-pokok rendang terutamanya pada waktu malam apabila pergerakan angin sangat perlahan. Contohnya, suhu di kawasan perumahan di Kuala Lumpur lebih tinggi daripada suhu di kawasan perumahan di Putrajaya.
12

Kembali ke atas