| authoritarian | autoritarian | Sains Politik | Politik Perbandingan | Konsep yang menerangkan sesebuah organisasi atau negara yang mempraktikkan undang-undang atau peraturan yang ketat dan agak keras ke atas rakyatnya. Kehidupan rakyat terikat kuat kepada autoriti pemerintah dalam pelbagai aspek seperti kegiatan ekonomi, pergerakan sosial, pendidikan, kebudayaan dan politik. Pemerintah dalam sistem ini biasanya daripada golongan elit yang mempunyai darjah toleransi yang sangat rendah. Golongan elit ini juga menggunakan kaedah yang keras seperti menindas untuk mengekalkan kuasa. Pemerintah autoritarian tidak pula berusaha mengawal ideologi politik rakyatnya, melainkan sekiranya mengancam kedudukan kuasa mereka. Contoh negara autoritarian ialah Indonesia semasa era Soeharto dan Filipina di bawah pemerintahan Marcos. |
| emperor saviour | maharaja penyelamat | Sejarah | Tiada | Maharaja yang dianggap sebagai penyelamat yang melindungi rakyatnya daripada bahaya peperangan dan kemusnahan. |
| food security | keselamatan makanan | Pertanian | Agroteknologi | Keadaan dalam sesebuah negara berkaitan dengan status ketersediaan makanan untuk bekalan rakyatnya. Keselamatan makanan wujud sekiranya semua rakyat pada setiap masa mempunyai akses kepada makanan yang cukup, selamat dan berkualiti untuk memenuhi kehidupan yang aktif dan sihat. Makanan ini boleh dihasilkan sendiri oleh negara melalui pertanian atau diimport dari luar negara. Sekiranya jumlah makanan yang terdapat daripada kedua-dua sumber ini mencukupi untuk keperluan rakyat, maka tahap keselamatan makanan dianggap tinggi. Namun begitu, kebergantungan pada pengimportan makanan akan mendedahkan negara itu kepada risiko kerana pasaran makanan sedunia mungkin berubah-ubah dan terdapat kemungkinan makanan untuk diimport tidak mencukupi. Oleh itu, untuk memastikan keselamatan makanan, sesebuah negara mestilah mempunyai sektor pengeluaran makanan yang produktif. |
| feudalism | feudalisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem masyarakat yang didominasi oleh golongan diraja dan bangsawan dengan golongan rakyatnya berada dalam kedudukan bawah, lemah serta menjadi subjek kepada raja. Dalam sistem ini, raja memiliki kuasa yang tinggi dan memerintah tanpa batasan serta dibantu oleh golongan pembesar atau bangsawan yang memiliki kedudukan tinggi dalam masyarakat. Kekuasaan pemerintah tertumpu pada istana dan tidak ada suatu badan yang memeriksa kedudukan kuasa raja ini. Dengan itu, raja bebas memerintah menurut budi bicara sendiri dan hanya mendengar nasihat daripada pembantunya. Dalam sistem ini, peralihan kuasa berasaskan keturunan yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Rakyat di bawah pemerintahan ini mengerjakan tanah raja atau menyewa tanah pembesar untuk menyara hidup. Fahaman ini mementingkan kedudukan hierarki, unsur setia dan daulat antara pemerintah dengan rakyat. Contohnya, sistem Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-14 jelas mengamalkan sistem feudalisme. |
| state terrorism | keganasan negara | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah kekerasan yang dilakukan oleh sesebuah negara terhadap negara lain atau terhadap rakyatnya sendiri secara terancang, bertujuan untuk menimbulkan ketakutan dan ketidaktenteraman awam. Jenayah ini biasanya dilakukan berdasarkan kepentingan ekonomi atau fahaman politik. |
| domination | penaungan; dominasi | Sejarah | Tiada | Penguasaan satu kuasa atau pihak yang kuat ke atas pihak yang lemah, dilihat dalam hubungan penjajah dan anak jajahan, atau raja dengan rakyatnya. |
| state sponsored terrorism | keganasan dibiaya negara | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah kekerasan yang dilakukan oleh individu atau kumpulan yang dibiayai oleh sesebuah negara untuk menyerang negara lain atau rakyatnya sendiri secara terancang, bertujuan untuk menimbulkan ketakutan dan ketidaktenteraman awam. Jenayah ini biasanya dilakukan berdasarkan kepentingan ekonomi atau fahaman politik. |
| succession politics | politik penggantian | Sains Politik | Politik Perbandingan | Amalan politik yang cenderung kepada pertukaran pemerintah dan tidak gemar kepada pengekalan sesuatu rejim atau pemimpin. Politik penggantian ini memberi ruang kepada calon pemimpin bertanding atau turut serta dalam pemilihan dan rakyatnya pula bebas untuk memilih pemimpin baru. Contohnya, politik India era pasca-Gandhi dan Indonesia pasca-Soeharto telah menunjukkan sifat politik penggantian yang jelas apabila pemimpinnya sering bertukar ganti. |
| need for security | keperluan keselamatan | Psikologi | Psikologi Umum | Keperluan individu untuk rasa dilindungi dan tanpa keraguan. Dalam teori heirarki keperluan Maslow, keperluan kepada keselamatan muncul selepas keperluan asas seperti makanan, minuman dan tidur dipenuhi. Selain keperluan biologi, manusia juga menginginkan keperluan terhadap tempat atau perlindungan yang boleh menjamin keselamatan mereka. Contohnya, keselamatan sesebuah negara tidak akan terjamin selagi keperluan asas untuk sebahagian besar rakyatnya masih belum tercapai. |
| swing district | wilayah berpindah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kawasan yang selama ini merupakan kubu kuat kepada sesuatu parti dan secara tiba-tiba berpindah sokongan kepada parti lain. Secara tradisinya wilayah ini akan memberi sokongan kepada parti tersebut untuk terus menang dalam sebarang pemilihan pada setiap pilihan raya. Apabila kawasan ini berpindah sokongan kepada parti lain, maka ia disebut sebagai wilayah berpindah. Contohnya, negeri Terengganu pada pilihan raya 1999 dapat dianggap sebagai wilayah berpindah apabila rakyatnya menukar sokongan kepada parti PAS. |