| mass rally | rapat umum | Komunikasi | Tiada | Perhimpunan yang diselenggarakan di sesuatu tempat yang dihadiri oleh khalayak. |
| action program | program tindakan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Aktiviti atau langkah yang dilaksanakan berdasarkan peraturan tertentu bagi memenuhi dan mencapai objektif yang ditetapkan dalam sesebuah organisasi. Pelaksanaan program tindakan biasanya bertujuan untuk mengelak, mencegah atau mengatasi sesuatu perkara yang boleh menimbulkan krisis, risiko, konflik dan sebagainya. Program tindakan juga bersifat sebagai satu langkah susulan yang dilaksanakan selepas mendapat maklumat atau laporan tentang sesuatu kejadian yang telah berlaku. Contohnya, perintah berkurung dan rapat umum merupakan satu program tindakan yang berkesan bagi mencegah merebaknya sesuatu rusuhan dan sebagainya. |
| bromance | akrab lelaki | Umum | Tiada | Perhubungan persahabatan yang sangat rapat antara dua (2) orang lelaki. |
| womance | akrab wanita | Umum | Tiada | Perhubungan persahabatan yang sangat rapat antara dua (2) orang wanita. |
| office wife | isteri pejabat | Umum | Tiada | Wanita yang mempunyai hubungan rapat seakan pasangan suami isteri dengan rakan sekerja lelaki. |
| office husband | suami pejabat | Umum | Tiada | Lelaki yang mempunyai hubungan rapat seakan pasangan suami isteri dengan rakan sekerja wanita. |
| elephant walk | langkah gajah | Umum | Tiada | Pergerakan perlahan-lahan pesawat tentera sebelum berlepas dalam formasi rapat yang bertujuan untuk menunjukkan kekuatan ketenteraan. |
| social butterfly | kupu-kupu sosial | Umum | Tiada | Seseorang yang suka menghadiri acara sosial dan biasanya tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan orang lain. |
| hypothalamus | hipotalamus | Psikologi | Psikologi Umum | Struktur otak yang banyak memberi kesan kepada psikologi manusia dan haiwan. Struktur otak yang kecil seperti buah anggur ini dikatakan berfungsi sebagai pusat kawalan emosi dan beberapa dorongan biologikal lain yang berkait rapat dengan tingkah laku kemandirian. Hipotalamus boleh menjejaskan pelbagai tingkah laku seperti tingkah laku seks, kemarahan, suhu badan, pembebasan hormon, makan, minum, tidur dan emosi. |
| hysteria | histeria | Psikologi | Psikologi Umum | Fenomena yang berlaku apabila masalah atau kecelaruan psikologi dijelmakan dalam bentuk kecelaruan organik atau somatik. Individu yang mengalami histeria biasanya menunjukkan kegembiraan atau ketakutan yg tidak dapat dikawal. Contohnya, mengadu mengalami masalah atau simptom fizikal seperti kelumpuhan atau kebas yang bukan berpunca daripada sumber-sumber fizikal. Menurut Freud, histeria berkait rapat dengan konflik yang tersembunyi jauh ke alam tidak sedar. Histeria dikenali juga sebagai kecelaruan jelmaan. |