| objectivism | objektivisme | Kesusasteraan | Tiada | Gerakan yang mencadangkan supaya puisi dilihat sebagai objek seni yang tidak ada kaitan dengan pertimbangan teori, konteks sejarah, dan niat pengarang. Menurut pandangan gerakan ini, semua objek sepatutnya dipilihk kerana objek itu sendiri tanpa campur tangan atau komen pengarang. Gerakan yang didukung oleh W. Carlos Williams ini popular di Amerika pada tahun 1930-an namun tidak kekal lama. Contohnya, sajak karya W.C. Williams yang berjudul The Red Wheel Barrow hanya menampilkn nilai estetika objek tanpa komen penyair. |