Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.ka.ré.ka.an] | ريک - ريکاءن

Definisi : 1. karangan (khayal), cerita karangan: cerita ini semata-mata ~; 2. buatan, ciptaan: reka-rekaan baharu yg dicipta oleh ahli-ahli sains; ~ bunga ciptaan bunga; 3. angan-angan, fantasi, rancangan; 4. kira-kiraan, perkiraan, perhitungan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata reka-rekaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
inventive designreka bentuk rekaanKesenianTiadaTiada
comprehensive layoutreka letak lengkapKomunikasiKorporatCadangan reka letak iklan bercetak yang disediakan secara menyeluruh. Cadangan reka letak ini dibuat dalam bentuk sebenar dari segi saiz, warna, kedudukan motif, dan mesej. Penghasilan reka letak lengkap iklan adalah secara bercetak, sama ada menggunakan kemudahan komputer atau kaedah lain. Tujuan penyediaan cadangan reka letak lengkap adalah untuk memudahkan pihak perancangan strategi pengiklanan membuat keputusan, sama ada menerima atau menolak rekaan tersebut, memudahkan semakan dibuat oleh pelanggan agensi pengiklanan sebelum memberikan persetujuan akhir dan sebagai alat untuk menguji keberkesanan iklan sebelum penerbitan dan pengedaran seterusnya dilakukan.
scenery designingreka bentuk latarKesenianDrama dan TeaterRekaan pemandangan di bahagian belakang set utama di atas pentas untuk memberikan gambaran suasana sesuatu adegan. Rekaan ini adalah sebahagian daripada kerja sinografi.
Automative DesignReka Bentuk AutomotifKesenianTiadaSubbidang Reka Bentuk Pengangkutan yang menekankan aspek yang berkaitan dengan rekaan bentuk automatif.
bogus stampsetem rekaanPentadbiran PerniagaanTiada1. Setem yang direka-reka sendiri yang berbeza daripada setem yang sebenar.,2. Setem yang betul atau sebenar yang telah ditokok-tambah reka bentuknya dengan menggunakan cetak tindan.
detail designreka bentuk terperinciKesenianTiadaRekaan yang dihasilkan lengkap dengan perinciannya.
costume designreka bentuk kostumKesenianDrama dan TeaterRekaan pakaian dan hiasan pelakon untuk disesuaikan dengan watak bagi menampilkan perwatakannya.
two-dimensional design (2D)reka bentuk dua dimensi (2D)KesenianTiadaRekaan sesuatu lopak, bentuk tulisan dan sebagainya yang dihasilkan pada permukaan yang datar.
principle of designprinsip reka bentukKesenianTiadaFahaman konvensional tentang asas gubahan dan rekaan dalam seni.
fenestrationseni peningkapanKesenianSeni BinaReka bentuk perkadaran saiz, susunan dan peletakan bahagian bukaan dinding bangunan seperti tingkap, pintu dan bumbung. Cara peletakan dan kerja-kerja melengkapkan struktur binaan ini boleh menghasilkan rekaan seni peningkapan yang berupaya menarik perhatian. Contohnya, reka bentuk tingkap kekipas, tingkap cahaya atasan dan tingkap unjur.
123

Kembali ke atas