Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rim.bu.nan] | ريمبونن

Definisi : 1. pohon-pohonan yg rimbun: pengganas itu hilang dlm ~ tebal; 2. daun-daun (ranting-ranting) yg banyak: cahaya yg indah itu merecik di antara lambaran daun kelapa dan ~ pohon rambutan; 3. lindungan: kalau tidak kerana ~ lalang di situ, tentulah apa yg dilakukan oleh Basir akan ternam-pak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rim.bu.nan] | ريمبونن

Definisi : pohon-pohon yg rimbun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rimbunan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
visible crown diameterdiameter rimbunan ternampakkanGeologiTiadaTiada
crown diameter wedgebaji garis pusat rimbunanGeologiTiadaTiada
crown formbentuk silaraPerhutananPengurusan HutanPelbagai bentuk rimbunan daun yang menutupi bahagian atas pokok pain.
green beltkawasan hijauPelanconganTiadaKawasan yang dipenuhi rimbunan pokok yang dikekalkan untuk pembangunan mampan.
caudexkaudeksBotaniTiadaBatang berkayu yang berdiri tegap, tidak bercabang, berbentuk silinder dan terdapat tanda sisa-sisa tangkai daun. Di hujungnya pula terdapat rimbunan daun. Contohnya, batang pokok kelapa, paku gajah dan kelapa sawit.
canopy1. sengkuap 2. sudurAlam BinaTiada1. Komponen yang diunjurkan daripada atas tingkap atau pintu untuk melindunginya daripada hujan dan panas. 2. Rimbunan pokok yang menutup sebahagian daripada bangunan atau menjulur keluar menjadi ruang atau laluan berteduh
monopodialmonopodialBotaniTiadaBerkenaan dengan sistem percabangan batang atau jambak bunga yang tumbuh secara berterusan dan sentiasa mengeluarkan tunas hujung dan tunas sisi. Percabangan ini menghasilkan rimbunan pokok atau jambak bunga berbentuk kon atau piramid. Contohnya, pokok konifer. Sinonim indefinit.
canopysudurKesenianSeni BinaUnsur binaan yang digunakan untuk memayungi manusia daripada hujan dan panas. Unsur binaan ini mempunyai beberapa nama khusus bergantung pada peranannya. Sudur lebih merujuk kepada rimbunan dahan dan daun pokok yang menutup sebahagian daripada bangunan atau menjulur keluar dari batangnya untuk menjadi ruang atau laluan di bawahnya teduh. Lihat juga sengkuap, tenda.
multiparousmultiparusBotaniTiadaBatang simpodial yang terdiri daripada banyak cabang sisi yang dihasilkan serentak oleh tunas-tunas sisi atau jambak bunga jenis sima dengan paksi utamanya berakhir dengan satu bunga dan mengeluarkan banyak bunga di sekeliling paksinya. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga membentuk rimbunan pokok atau jambak bunga yang sempurna. Contohnya, pokok mangga atau jambak bunga mangga. Sinonim polikasial.

Kembali ke atas